Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, November 09, 2011

Penjawat Awam: DAP akan tukar pegawai Melayu/Bumiputera dengan Cina !


Hasrat DAP berkenaan dengan isu penjawat awam di negara ini sebenarnya mudah untuk difahami. Bagi saya, niat DAP itu sejak mereka menang banyak kerusi dalam PRU-12 lalu dan juga ketika PRN Sarawak lepas contoh bukannya satu perkara yang sukar untuk ditafsirkan sebab dalam apa jua keadaan sekalipun DAP akan tetap mengambil pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Singapura untuk dijadikan sebagai ikutan sekiranya Pakatan Haram 3 Parti DAP, PKR dan PAS berjaya mentadbir Malaysia.

Slogan Jom Ubah yang mula diperkenalkan oleh DAP dan rakan sekutunya dalam pakatan itu dalam beberapa siri PRK dan juga PRU sebelum ini saya rasa tidak setakat digunakan untuk mempengaruhi rakyat agar memilih pakatan haram mereka sebagai kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan BN di negara ini malah lebih jauh lagi kerana jika sudah berjaya menguasai politik serta pentadbiran di Malaysia maka sudah tentulah akan ada perkara lain yang lebih besar yang harus dan wajib di "ubah" dan jika itu tidak dilakukan  maka ini bermakna hayat Pakatan Haram sebagai pemerintahan tidak bertahan lama.

Yang utama tentulah DAP yang jadi Big Boss dalam Pakatan Haram mahu memastikan agar beberapa agensi kerajaan yang sebelum ini seperti Polis, Tentera, Bomba, Imigeren, JPJ, Guru dan sebagainya dilihat semacam memang mesra dengan BN kerana disebabkan pegawai atasan didalamnya merupakan majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera jadi haruslah terlebih dahulu kmpulan ini dibersihkan dan kemudian digantikan dengan satu kumpulan baru yang boleh menjamin kedudukan mereka sebagai sebuah kerajaan agar dapat kekal selama bila hasil sokongan penjawat awam yang tentunya mesra DAP.

Jika DAP merasakan bahawa penjawat awam dari kaum Melayu dan Bumiputera menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk berkuasa di negara ini, jadi untuk jalan terbaik adalah dengan menggantikannya dengan pegawai-pegawai atau kakitangan yang bukan dari kalangan Bumpitera dan itu semua nampak memang jelas telahpun berlaku di Pulau Pinang dan dibeberapa tempat dalam negara ini.

2 ulasan:

imran ahmad berkata...

Wahhhh dah ada niat tu. Memang awal-awal anti melayu. Siapa nak pilih jadi pemimpin kalau camni gayanya??

hilbert berkata...

itulah niat sebenar DAP bro, mereka guna bahasa agak halus "mengurang jumlah penjawat awam" tetapi sebenarnya mereka nak menukar penjawat awam dari Bumiputera kepada bukan Bumiputera..

Arkib Blog