Selama saya hidup ini, belum pernahlah juga terdengar bahawa orang-orang Islam yang hendak menunaikan rukun Islam yang ke-5 pergi ke tanah seberang di Indonesia bagi menerjakan haji tetapi itulah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Orang Islam lainnya pergi ke Tanah Suci di Kota Mekah tetapi lain pula dengan Anwar apabila beliau tekad membuat kelainan dengan menunaikan rukun haji ke Tanah Seberang Indonesia.
Ada tarikh Anwar Ibrahim mengerjakan haji di situ, kononnya beliau buat di Mekah Al-Mukarammah tetapi bagaimana boleh berlaku keesokan harinya beliau boleh secepat kilat terus berada di Jakarta Indonesia untuk satu majlis? Adakah Anwar dari Mekah ke Jakarta naik tikar terbang macam dalam filem Nasib Do Re Mi ?
Dr. Novandri melalui blognya
Dr. M.I.M telah mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim telah tersilap dalam memberi maklumat kepada para pengikutnya yang kemudiannya percaya bulat-bulat kononnya Anwar Ibrahim pernah naik haji ke Tanah Suci Mekah namun sebaliknya Anwar pada tarikh antara 14-15 November sebenarnya sedang berada di Indonesia dan bukannya di Tanah Suci Kota Mekah.
Maknanya di sini ialah, Anwar Ibrahim sebenarnya belum lagi pernah menjejakkan kakinya ke Tanah Suci Mekah seperti apa yang didakwa oleh beberapa buah blog yang pro-pakatan haram apatah lagi untuk mengelilingi Kaabah serta mendapatkan haji yang mabrur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan