Walaupun di era pentadbiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia, konsert oleh kumpulan rock dari Jerman iaitu Scorpions telah diberikan kebenaran untuk diadakan di negara ini pada 13 September 2004 dulu beserta dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi namun sebelum itu iaitu sewaktu Malaysia dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, kerajaan tidak membenarkan konsert membabitkan kumpulan berkenaan diadakan di negara ini atas dasar kerajaan yang pada ketika itu untuk tidak membenarkan budaya kurang sihat dari Barat menular ke dalam budaya masyarakat di negara ini.
Pun begitu, pada tahun 2008, kerajaan dibawah Pak Lah iaitu di tahun akhir beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia telah membuat pertimbangan amat wajar dengan tidak membenarkan penyanyi sensasi dari negara Indonesia iaitu Inul Daratista untuk mengadakan konsert di Malaysia yang jadualnya telah ditetapkan berlangsung pada 27 Julai 2008 dan keputusan itu dibuat setelah menerima bantahan serta mendengar desakan daripada berbagai pihak di negara ini.
Pembatalan terpaksa dilakukan juga atas sebab yang hampir sama kerana cara persembahan Inul Daratista bolehlah dikatakan sangat bertentangan dengan nilai budaya timur yang sangat menitik beratkan tentang kesopanan dikhalayak ramai jika dibandingkan gaya Inul sewaktu diatas pentas yang tidak memperlihatkan dia sebagai seorang wanita Indonesia iaitu sebuah negara yang mana penduduknya merupakan penganut agama Islam terbesar di dunia mengatasi negara Islam lainnya.
Tetapi bagaimana pula dengan isu konsert solo Elton John yang bakal dilangsungkan di Arena of Stars Genting Highland pada 22 November ini, apakah pendirian kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib dalam isu ini, adakah akan membenarkan ianya dilangsungkan dalam keadaan ramai pihak yang membantah atau tidak akan membenarkan konsert tersebut diteruskan atas sebab kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan agar budaya negatif dari luar tidak akan mempengaruhi corak kehidupan masyarakat moden di Malaysia.
Sekiranya kita cuba untuk membuat perbandingan antara Scorpions dengan Elton John, yang manakah antara keduanya yang anda rasa lebih berupaya untuk merosakkan minda masyarakat sekiranya apa saja yang mereka buat akan turut menjadi ikutan kepada masyarakat yang meminati mereka ? Bagi saya pula, antara keduanya, Scorpions jauh lebih bermoral jika dinadingkan dengan Elton John yang jelas sudah rosak dari akhlak, moral dan juga dari segi etika kehidupan sebagai seorang manusia yang normal apabila beliau telah memilih David Furnish juga seorang lelaki menjadi pasangan hidupnya umpama suami isteri.
Lebih parah lagi, apabila dua minggu sebelum kehadiran Elton John ke Malaysia, iaitu pada 9 November 2011 satu perkumpulan dikenali sebagai "Program Sambutan Gay & Lesbian - Seksualiti Merdeka" akan mengambil tempat dan dijadualkan akan dirasmi oleh bekas Majlis Peguam Ambabiga Sreenavasan. Andai program berkenaan dibenarkan juga oleh kerajaan Malaysia maka bermakna persiapan oleh pihak penganjur untuk membawa masuk Elton John ke Malaysia untuk menjayakan konsert solonya itu akan berjalan dengan licin dan lancar tanpa sebarang rasa kebimbangan walaupun semakin ramai pihak dalam Malaysia yang awal-awal lagi sudah menyuarakan bantahan mereka terhadap penganjuran konsert Elton John di negara ini.
Untuk memastikan agar konsert Elton John itu dibatalkan oleh pihak penganjur itupun jika kerajaan mendengar suara bantahan ramai, orang-orang Islam khususnya orang Melayu di Malaysia hendaklah mengajak sama masyarakat lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) supaya bangkit sama untuk menyatakan bantahan kumpulan mereka terhadap kehadiran Elton John itu kelak kerana sudah nyata dari pembawaan diri Elton John sendiri memang bertentangan sama sekali dengan ajaran setiap agama berkenaan dan bukannya hanya bertentangan dengan agama Islam saja.
Oleh itu, kepada pemimpin-pemimpin agama Kristian, Hindu dan Buddha pula, jika nilai-nilai murni dan sihat masih menjadi pegangan sebagai satu prinsip kekal dalam mempertahankan ajaran agama masing-masing maka begitulah juga tentu akan menjadi satu tanggungjawab bersama bagi ketiga-tiga agama besar ini untuk turut sama bergandingan dengan masyarakat Islam di negara ini dalam memastikan supaya apa jua budaya yang tidak baik dari luar haruslah ditentang habis-habisan dan mana-mana yang telah mulai menjadi ikutan masyarakat Malaysia maka hendaklah juga bersama-sama untuk membanteraskannya agar negara kita terlepas dari kemurkaan Tuhan serta bebas dari sebarang malapetaka atau bencana alam.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, November 02, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
PAS sokong seksualiti merdeka kot??? hehehe, TG Nik Aziz x kutuk pon Ambiga??? huhuhu
Catat Ulasan