Kes orang-orang yang hilang di negara kita hampir setiap hari akan kita lihat dan baca apabila ianya terpampang di dada-dada akhbar dan saban hari juga sering dimuatkan dalam laporan oleh media massa, media elektronik, media alternatif seperti blog-blog dan laman sosial lainnya seperti facebook dan sebagainya.
Seperti negara lain, negara kita yang sudah pesat membangun dan akan terus membangun dengan beratus-ratus buah syarikat tempatan dan syarikat asing yang melabur di Malaysia sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan sebeberapa banyak projek daripada pihak kerajaan sementara pada masa yang sama ada juga syarikat-syarikat sedang rancak menyiapkan projek-projek terdahulu yang telah diluluskan oleh pemerintah untuk mereka bina.
Bagi mana-mana syarikat yang telah berjaya memperolehi tender atau projek tertentu daripada kerajaan, maka sudah pasti untuk membangun dan menjayakan projek tersebut agar ianya berjalan dengan lancar, siap awal dari yang dijadualkan, tahan dan teguh serta berkualiti tinggi, jadi sudah tentulah untuk tujuan itu syarikat-syarikat yang terpilih untuk projek itu tidak hanya memastikan bahan binaan yang cukup tetapi soal lain seperti kelancaran sesebuah projek juga merupakan aspek utama dan amat penting untuk diberi perhatian supaya ia tidak diganggu oleh "penunggu" iaitu makhluk halus yang menghuni di sekitar tapak pembinaan.
Jika pada zaman dulu iaitu di era awal pemodenan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, penggunaan darah serta kepala manusia dalam melaksana satu-satu projek itu dikatakan adalah sangat penting kerana jika tidak maka pembangunan sesebuah projek itu dipercayai boleh terbantut dan gagal untuk diteruskan kerana walaupun mereka yang terlibat di dalam projek merupakan golongan yang terdidik dengan ilmu moden, canggih dan berteknologi tinggi namun ramai di antara mereka yang masih percaya kepada amalan karut yang diamalkan oleh manusia zaman lampau.
Jadi, apabila masih berlaku ada manusia yang boleh hilang dan ghaib tanpa khabar berita adalah satu keadaan yang agak aneh, pelik dan menghairankan kerana kalau diikut logiknya di zaman yang serba canggih ini dengan berbagai alat-alat pengesan dicipta adalah sesuatu yang mustahil masih boleh terjadi orang yang hilang tanpa boleh dijejaki KECUALILAH jika ianya memang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab contohnya mereka-mereka yang mengejar keuntungan besar dengan mewajibkan satu jiwa atau lebih untuk projek yang mereka jalankan agar ianya beroperasi dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Terbaru berlaku di negeri Kedah, seorang kerani wanita Nor Fazilah Rohani berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sejak 17 hari yang lalu. Beliau yang bekerja di sebuah syarikat di Sungai Lalang hilang selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.
Jadi apabila sering berlaku kes seperti itu di negara kita, apakah kita rasa ianya hanya berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penculikan dan rompakan semata-mata tanpa kita sedari bahawa projek-projek mega di negara kita yang sedang dalam proses pembinaan, yang sedang dirancang dan sebagainya memang tidak boleh terlepas dari dikaitkan dengan kes kehilangan manusia yang gagal dikesan di negara ini sejak dari dulu lagi.
Untuk rujukan, pernah dikatakan bahawa mereka yang sanggup melakukan perbuatan itu bagi pihak yang memerlukan bahan "korban" itu dulu dikatakan telahpun melakukan "sign-mati" setelah dibayar dengan sejumlah wang dengan satu perjanjian hidup-mati dan segala risiko tanggung sendiri jika berdepan sebarang masalah iaitu dalam tempoh untuk mendapatkan bahan "korban" yang diperlukan untuk satu-satu projek berkenaan. Itu adalah pandangan saya !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Oktober 30, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
tahniah kerana ketengahkan perkara ini
T/kasih Doncin :)
perkara ni sebenarnya dah berlaku di keliling kita cuma ramai yang tak ambil tahu
Catat Ulasan