Bagaikan kata pepatah lama 'keluar dari mulut singa, masuk ke dalam mulut buaya' maka begitulah agaknya dengan nasib yang menimpa seorang bekas pekerja landskap Ismawi Ishak 26, yang terpaksa merengkok untuk selama lebih kurang 13 tahun lagi didalam penjara setelah pihak Mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes pembunuhan seorang model sambilan Mohamad Azhary Mohamed Osman tujuh tahun lalu.
Menurut sumber berita, Ismawi yang ketika itu baru berusia 19 tahun telah menumpang tidur di rumah Mohamad Azhary dan atas dasar tuan rumah adalah kaum sama jenis maka bukanlah sesuatu yang boleh menimbulkan sebarang rasa syak-wsangka dihatinya maupun orang lain akan berlaku perkara yang boleh dikira sebagai melanggar larangan agama.
Pada malam kejadian iaitu dalam tahun 2004, entah bagaimana Mohamad Azhary tiba-tiba mendatangi Ismawi yang ketika itu sedang tidur lalu bertindak melucutkan seluarnya serta menyentuh tubuh anak muda itu dengan satu tujuan yang mungkin boleh diduga namun tindakan Mohamad Azhary itu telah mengejutkan Ismawi dari tidurnya lalu berlakulah satu pergelutan antara keduanya sehingga membawa kepada satu pergaduhan yang akhirnya menyaksikan Mohamad Azhary menemui ajal setelah ditikam oleh Ismawi yang cuba mempertahankan diri serta maruahnya dari cuba dicabul. Untuk lebih lanjut beritanya ada di sini
Anak Merdeka berkata;
Itulah, kadangkala jika kita melihat hukuman alam ini dari satu sudut semacam tidak adil kepada satu pihak tetapi jika dilihat dari sudut lain pula ianya seakan-akan menggambarkan kepada kita semua bahawa suatu keadilan telah diberikan kepada pihak yang satu lagi dan rumusannya ialah keadilan kepada semua pihak telahpun dimuktamadkan.
Tetapi di dalam kes yang membabitkan Ismawi ini saya melihat bagaimana usaha beliau untuk mengelakkan dirinya dari menjadi mangsa "gangguan seksual" oleh rakan sendiri telah memudarat seterusnya memusnahkan nasib masa depan beliau sendiri kerana tindakbalas yang dikuasai oleh perasaan yang amat marah terhadap pelaku mengatasi pertimbangan yang wajar tetap tidak menyebelahinya dimana Ismawi yang gagal mengawal diri dari melakukan perbuatan yang dia sendiri tidak jangka terjadi akhirnya membawa beliau ke penjara sementara maruah yang cuba dipertahankan turut musnah bersama apabila sudah jadi banduan penjara.
Begitulah nasib malang berganda yang menimpa saudara Ismawi Ishak, niatnya untuk pertahankan maruah dan harga diri nyata gagal apabila pihak Mahkamah telah memuktamadkan keputusan mereka yang tetap untuk memenjarakan beliau atas kesalahan membunuh pemangsa yang cuba mencabulinya tetapi bagaimana pula andaikata pada ketika itu Ismawi telah menjadi mangsa liwat kepada pemangsa kerana tidak berdaya melawan, apakah keadilan masih berpihak kepadanya ataupun pemangsa yakni peliwat itu akan terus bebas sebebasnya ke sana ke mari dengan segala aktivitinya tanpa sebarang sekatan???
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Oktober 30, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan