Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 13, 2011

Jakarta abai rakyat Indonesia di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak

Punca mengapa semakin hari semakin selalu kita dengar keluhan rakyat Indonesia yang mendiami kawasan sepanjang sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak iaitu mengenai tahap pembangunan di tempat mereka adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli kebanyakkan pemimpin kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta terhadap kebajikan rakyatnya yang tinggal jauh di bahagian pendalaman seperti itu.

Ramai penduduk Indonesia yang tinggal berjiran dengan rakyat Sarawak yang berhampiran sempadan sering mempersoalkan akan kebajikan mereka jika dibandingkan dengan nasib rakyat Sarawak yang mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan Malaysia namun nasib mereka pula adalah sebaliknya pula apabila jelas terpinggir dari arus pembangunan atau dalam erti kata lainnya telah diabaikan oleh kerajaan Indonesia yang menguasai kuasa pemerintah dari Pulau Jawa.

Kepada para pemimpin pembangkang di Indonesia tidak perlulah mereka sering untuk menyalahkan kerajaan Malaysia apabila berlakunya rungutan daripada warganya sendiri yang menghuni kawasan sempadan dengan Sarawak jika ada diantara mereka lebih menyenangi kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kerajaan Indonesia sendiri malah ada yang menaruh harapan agar suatu hari nanti wilayah yang mereka duduki kini menjadi sebahagian wilayah Malaysia.

Bagaimana keadaan hidup penduduk warga Indonesia yang tinggal di kawasan sempadan dengan Sarawak yang jarang sekali diberi perhatian oleh pihak kerajaan Indonesia dan ini mereka boleh lihat sendiri bermula dari kawasan yang dipertikaikan iaitu di Camar Bulan di Kalimantan Barat hinggalah ke kawasan Sungai Sekayan, kawasan Danau Sentarum, kawasan Hulu Kapuas, Senaning, Badau, Kelayam, Long Betaoh di Kalimantan Tengah dan seterusnya di Kalimantan Timur seperti di Long Temunyat, Long Ampung, Long Sungai Barang, Lo Nawang, Dian Dian, Long Peliran, Gura Moyang, Pow-a-pan, Long Bawan, Malinau dan lain-lainnya.
Ramai golongan belia dari kawasan-kawasan tersebut telah berhijrah melalui jalan tikus ke Sarawak semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka berkerja dalam sektor perladangan serta pembalakan. Malah ada yang telah tinggal di Sarawak untuk tempoh yang begitu lama dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka ini tidak pernah terfikir lagi untuk pulang ke tempat asal mereka di wilayah Indonesia. Untuk kembali semula ke tanah asal adalah agak mustahil kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin yang telah mencetuskan isu baru antara Indonesia dengan Malaysia, diharap orang ini buat penyelidikan dengan cermat mengenai garis sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak dan bukannya hanya berdasarkan kepada andaian semata. Tidak mungkin bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak sebodoh itu dengan mengubah garisan sempadan yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1978 dulu.

Dan apa yang lebih penting ialah agar pihak DPR atau saudara T. B. Hasanuddin sendiri berusahalah mencari puncanya mengapa sejak-sejak akhir ini semakin kerap kedengaran para penduduk warga Indonesia di sepanjang kawasan sempadan lebih condong kepada Malaysia dan mereka mahu wilayah mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Adakah itu semua kesalahan kerajaan Malaysia? Rakyat Indonesia dipendalaman khususnya dikawasan sempadan Kalimantan-Sarawak sebenarnya telah lama terpinggir dan kebajikan mereka telah sekian lama diabaikan !

Adalah sangat diharapkan agar pihak DPR serta saudara T. B. Hasanuddin sendiri wajar dan lekas dalam mencari jalan bagi mengatasi keadaan itu dan bukannya cuba melaga-lagakan kerajaan Malaysia dengan rakyat di Pulau Jawa yang tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di wilayah Pulau Borneo ini. Betapa bodohnya pemimpin yang suka dengan jalan singkat seperti apa yang dilakukan oleh saudara T. B. Hasanuddin itu, apakah dia tidak boleh berfikir bahawa penghakisan pantai akibat dipukul ombak sepanjang masa juga adalah penyumbang besar kepada berlakunya kehilangan tanah di daratan...

9 ulasan:

Razif AR Al-Marbawi berkata...

eloknya keseluruhan wilayah Borneo itu dinaungi Malaysia.

Apa pemerintah Indonesia lakukan utk kebaikan Borneo? hampir tidak ada.

Justeru lebih baik penduduk Borneo bangkit menentang pendudukan Indonesia dan sertai Malaysia utk mencapai kemajuan.

Malang sekali, pemerintah dan pembangkang Indonesia tidak peduli apa yang berlaku di kawasan luar Jawa kerana yang menjadi "boss" besar nya adalah Jawa.

whiteorange berkata...

Ironinya PAS n Anwar sering melaung laungkan kerajaan Malaysia zalim!!

Apakah kerajaan yang zalim sanggup di banjiri orang asing,terutama Indonesia?

Apakah tidak mustahil TB Hasanudin di bayar BABI untuk memporak peranda kan Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

AKHIRNYA RAKYAT INDON DI KALIMANTAN MENGAKUI TARAF KEHIDUPAN RAKYAT DI SABAH DAN SWAK LEBIH TERBELA DAN TERUS MAJU BERBANDING NASIB MEREKA SENDIRI. TAPI MASIH ADA SEBILANGAN RAKYAT KITA YG TAK BERSYUKUR DGN REZEKI YG MELIMPAH RUAH DAN KEHARMONIAN YG DI KECAPI NEGARA SEHINGGA TERGAMAK NAK MENGHANCURKANNYA DARI DLM...ADOIYAIIII

hilbert berkata...

Yang kita kesal ialah, pihak Indonesia jarang sekali mahu melihat ke dalam diri mereka terlebih dulu jika ada yang tak kena berlaku di pihak mereka tetapi lebih mudah untuk menyalahkan pihak lain.

hafez j malim berkata...

tahniah hilbert... satu artikel yang menarik dan bersemangat. saya menyokong penuh kenyataan artikel saudara. sempadan kita adalah hak kita. kedaulatan Malaysia yang tidak boleh dirampas dengan sewenang-wenangnya.

hilbert berkata...

Terima kasih Cikgu Hafez,

patutnya rakyat Indonesia kerap belajar dari kesilapan lalu dan bukannya menampak lagi sikap terburu-buru menuduh pihak Malaysia berkaitan dengan masalah mereka hadapi

Jonio Suharto berkata...

Saya sedih jika karena olah politisi kedua kerajaan ini menjadi resah, kami yg tinggal di Kalimantan ingin hubungan yg damai antar kedua kerajaan. Kita bersaudara, kami orang Dayak sama seperti Anda di Sabah dan Serawak, kalau kami susah kenapa Anda tidak bantu kami?. Artikel Anda baik untuk bahan renungan politisi di Jakarta.

linmuss berkata...

kamu tuh orang indonesia bukan malaysia
buat ape kami nk bntu kamu
kamu dulu lebih memilih indonesia drpd malaysia
sedar diri
nmpk sngt kerajaan indonesia x reti jaga rkyt

linmuss berkata...

kamu tuh orang indonesia bukan malaysia
buat ape kami nk bntu kamu
kamu dulu lebih memilih indonesia drpd malaysia
sedar diri
nmpk sngt kerajaan indonesia x reti jaga rkyt

Arkib Blog