Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Oktober 14, 2011

Malaysia juga setiap hari berdepan risiko kehilangan tanah, bukan hanya Indonesia !

 Setiap negara yang dikelilingi oleh lautan pasti akan terdedah dengan masalah kehilangan tanah dan tiada satupun negara yang mempunyai pantai akan terkecuali dari berdepan dengan keadaan sedemikian apabila setiap pesisir pantai sesebuah negara itu dipukul oleh gelombang besar maka setiap masa tentu beberapa sentimeter tanah akan ditarik keluar ke tengah lautan oleh ombak yang ganas dan setiap itu juga akan berlaku hakisan tanah yang mustahil untuk dipertahankan walau dibina dengan benteng konkrit sekalipun.

Lainlah bagi negara-negara yang kedudukannya jauh dari lautan serta dikelilingi pula oleh sempadan negara jiran seperti negara yang berada dalam benua Asia (Nepal, Laos, Mongolia, Afghanistan, Jammu & Kashmir, Tajikistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Jordan), benua Eropah (Belarus, Hungary, Austria, Slovakia, Republik Czech), di Afrika (Nigeria, Chad, Mali, Ethiopia) dan di benua Amerika (Bolivia dan Paraguay).

Negara-negara ini tidak mungkin akan berdepan dengan masalah hakisan yang akhirnya menyebabkan kehilangan tanah dalam wilayah sempadan dan jika berlakupun masalah membabitkan sempadan antara negara tertentu maka adalah tidak mustahil telah berlakunya pencerobohan ke atas sempadan oleh sebelah pihak dan memang wajarlah setiap rakyat sesebuah negara itu untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara mereka dari penceroboh.
Tetapi keadaan ini sangat berbeza sama sekali dengan Indonesia dan juga Malaysia. Kedua-dua negara ini lebih 90 peratus kawasannya dikelilingi oleh lautan malahan Malaysia dan Indonesia juga turut berkongsi laut yang sama yang terletak di selat Melaka dan Laut China Selatan selain Laut Sulawesi di utara Sabah. Dan dalam keadaan yang tertentu, pantai Malaysia yang panjang mengadap Laut China Selatan bermula dari Kelantan hinggalah ke Johor dan begitu juga dari Kuching Sarawak sehinggalah ke Sabah ianya sepanjang masa sentiasa berdepan dengan pukulan ombak yang menyebabkan kawasan daratan menjadi semakin susut apabila hakisan tebing berlaku akibat pasir dipantai dalam jumlah yang banyak ditarik oleh ombak secara perlahan ke tengah laut.

Keadaan ini sememangnya berlaku sepanjang hari dan ini dibuktikan dengan kewujudan serta terbentuknya beberapa buah pulau baru di perairan negara dan perairan bersama anatara Malaysia dengan Indonesia. Mungkin rakyat Indonsia sendiri tidak tahu bagaimana boleh wujudnya beberapa buah pulau terdapat diluar pantai wilayah Kalimantan Barat terutama di perairan Kecamatan Paloh seperti Pulau Merudung yang sudah bersaiz besar, Pulau Serasan, Pulau Padjang, Pulau Seraja dan juga Pulau Subi Besar.

Manakala yang berdekatan dengan wilayah Sarawak pula, telah muncul beberapa buah pulau baru diluar pantainya iaitu di Tanjung Datu Kuching seperti Pulau Mida, Pulau Lagong, Pulau Batang, Pulau Sedanau, Pulau Salor, Pulau Natuna-besar, Pulau Seluan dan Pulau Laut dan tidak jauh dari Pulau Tioman Pahang beberapa buah pulau baru didapati seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Anambas, Pulau Jemaja, Pulau Siantan, Pulau Telaga, Pulau Matak, Pulau Mubur, Pulau Bajau, Pulau Airabu dan Pulau Repong sementara di perairan Sabah juga terdapat Pulau Mantanani Besar serta Pulau Balambangan.

Dan sebuah lagi pulau baru yang wujud diluar pantai negeri Sarawak iaitu terletak tidak jauh dari pantai Kuala Baram dalam Bahagian Miri. Pulau itu mula terbentuk pada akhir tahun 1990-an dan ianya semakin membesar dari masa ke semasa sehingga kini. Dikala pulau yang belum diberi nama itu semakin membesar dan juga telahpun ditumbuhi oleh berbagai spesis tumbuhan liar seperti pokok rhu dan lainnya sejak beberapa tahun yang lepas, namun keadaan di sebelah daratannya pula hampir sepanjang masa kerap mengalami hakisan yang semakin teruk dan nyata sukar untuk dibendung oleh pihak kerajaan.

Berbagai usaha dan langkah telahpun diambil oleh pihak berkuasa untuk mengawal keadaan dari terus bertambah menjadi buruk. Dihadang dengan batu-batan yang dililitkan dengan bahan konkrit seperti dawai tahan karat  serta kalis air masin tetapi semua usaha tidak membuahkan sebarang hasil. Sia sia saja. Bongkah batu yang diletak di sepanjang tepi pantai bagi menahan serangan ombak dari laut bukan saja tidak mampu untuk menahan pukulan ombak malah lebih teruk apabila batu-batan yang dijadikan sebagai penghadang tidak mampu bertahan lama apabila turut tenggelam ke bawah sebaik saja pasir lenyap hilang ditarik ombak ke tengah dimana tempat terkumpulnya pasir yang telah membentuk menjadi sebuah pulau yang besar di Kuala Baram.

Keadaan ini juga pastinya melanda mana-mana gigi pantai sesebuah negara di mana mereka tidak boleh terlepas dari bencana yang mampu melenyapkan hakisan tepi pantai akibat serangan ombak yang sukar dikawal. Begitulah saya fikir keadaan berlaku di wilayah Barat Kalimantan Indonesia iaitu di Camar Bulan. Kawasan tersebut terletak tidak jauh dari pantai dan sangat terdedah kepada risiko tanah runtuh serta tanah terhakis. Apabila kejadian yang berlaku itu diluar kemampuan kita untuk mempertahankannya pasti ianya akan berlaku juga.

Dan apabila pihak Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T. B. Hasanuddin mendakwa bahawa Indonesia telah kehilangan lebih 1, 000 hektar tanah di Camar Bulan, mengapa terus menunjukkan kepada Malaysia sebagai puncanya? Mengapa tidak terlebih dahulu gunakan otak untuk berfikir bagaimana keadaan itu boleh terjadi? Harusnya mendapatkan jawapan yang pasti dan bukannya sesuka hati menuduh pihak Malaysia yang bertanggungjawab ke atas kehilangan hak-hak yang patut mereka jaga. T. B. Hasanuddin harus bijak berfikir, kalau tepi pantai terhakis akibat pasir yang dibawa keluar oleh ombak...makna saiz tanah didaratan juga menjadi semakin kecil...bukan hanya setakat 1, 000 hektar malah mungkin lebih daripada itu.

Malaysia juga menghadapi serupa malah mungkin lebih teruk lagi daripada Indonesia, tetapi Malaysia dalam hal seperti itu tidak pernah menyalahkan pihak atau negara lain yang bertanggungjawab tetapi sentiasa berusaha dan mencari ikhtiar bagaimana untuk mengatasi masalah yang melibatkan kepentingan wilayah negara...

1 ulasan:

C L J berkata...

PROSES KEJADIAN ALAM ITU KEHENDAK ALLAH. KENAPA ?? tAK BOLEH TERIMA KEHENDAK ALLAH KA ???

Arkib Blog