|
Kelihatan Ariel Sharon sedang bergurau dengan seekor lagi syaitan, George Bush yang menjadi duri kepada keamanan dunia. |
Penjenayah paling kejam dan paling zalim yang bertanggungjawab dalam peristiwa 16 September 1982 iaitu kejadian penyembelihan Sabra dan Shatila kini dilaporkan masih berada didalam keadaan yang koma dan sungguh mengaibkan. Beliau yang telah koma sejak 5 tahun lepas dikatakan berkeadaan tidak ubah seperti bangkai bernyawa yang hidup segan mati tak mahu.
|
Mayat anak-anak kecil rakyat Palestine yang menjadi korban kekejaman tentera yang dipimpin oleh Ariel Sharon dalam peristiwa Sabra dan Shatila |
Peristiwa kekejaman oleh pasukan tentera Yahudi pimpinan Ariel Sharon itu telah meragut begitu ramai nyawa anak-anak kecil serta orang dewasa warga Palestine. Tanpa rasa perikemanusiaan mereka bertindak dengan lebih kejam lagi apabila tergamak menyembelih mangsa-mangsa yang masih dalam keadaan bernyawa.
|
Keadaan Ariel Sharon ketika mula jatuh sakit serta koma lima tahun lalu, tubuh dia masih berisi. |
Walau sekuat mana dan sehebat manapun Ariel Sharon sebagai seorang Yahudi yang kejam, tetapi Tuhan lagi Maha Kaya, Adil dan Maha hebat. Tuhan ingin menunjukkan kepada semua pemimpin-pemimpin Yahudi bahawa kekejaman yang dilakukan oleh Ariel Sharon terhadap rakyat Palestine terutama sekali dalam peristiwa Sabra dan Shatila adalah satu perbuatan yang sangat zalim, terkutuk dan keji yang tidak wajar sama sekali dilakukan oleh seorang manusia terhadap manusia yang lain.
|
Keadaan terkini Ariel Sharon dengan berat badannya yang kini hanya seberat 15 Kilogram dan doktor yang merawat beliau memberitahu bahawa Sharon akan terus koma untuk 90 tahun lagi dan bermakna pada usia yang ke-172 samada dia akan pulih atau nyawanya akan dicabut dari jasad. |
Usianya kini adalah 82 tahun namun doktor yang ditugaskan untuk memantau keadaan beliau memberitahu bahawa Ariel Sharon akan terus berada didalam keadaan yang tidak sedarkan diri untuk selama 90 tahun lagi. Jika dicampur dengan usia dia yang 82 tahun sekarang dengan 90 akan datang maka jangka hayat beliau bertahan selama 172 tahun.
Apakah usia manusia akan kekal bertahan selama itu? Mustahilkan. Tetapi itulah haikatnya, kerana disebabkan dosa besar yang tidak terampun maka Ariel Sharon harus menerima segala pembalasan atas kezaliman yang beliau lakukan ke atas rakyat Palestine dulu. Bumi dan alam kubur sudah jelas tidak mahu menerima jasad beliau. Ariel Shaon tidak perlu mati dan Ariel Sharon juga tak perlu hidup, doakan agar Tuhan membiarkan Ariel Sharon dalam keadaan sedemikian sehinggalah munculnya hari kiamat.
Saya juga bersetuju dengan ulasan blogger
Putra Merdeka mengenai keadaan yang sedang dialami oleh bekas Perdana Israel itu waktu ini. Bagi saya adalah mudah saja, jika kuasa yang dianugerahkan telah disalahgunakan, maka terima saja akibatnya. Kuasa yang diberi untuk memimpin manusia dan dunia ke arah kebaikan serta kekesejahteraan bukannya digunakan untuk saling berbunuhan sesama manusia.
2 ulasan:
Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadamu panjangkanlah usia ariel sharon. kau azabkanlah dia sebagaimana dia memberi azab kpd hambamu warga palestin. jadikanlah ini sebagai peringatan kpd dajal2 yahudi bahawa kuasamu Ya Allah tiada batasan. amin...
Amin !
Catat Ulasan