Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 19, 2011

Mustahil!!! bagaimana penduduk Sabah boleh berkembang dengan mendadak melebihi 3 juta orang?

Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik mengenai jumlah mutakhir penduduk di Malaysia termasuklah tentang jumlah penduduk-penduduk di setiap negeri melalui soal selidik yang dijalankan semasa Banci Penduduk 2010 dilakukan oleh jabatan berkenaan.

Kalau mengikut data yang diperolehi daripada banci yang jabatan tersebut buat jumlah keseluruhan rakyat Malaysia kini sudah melebihi 28 juta orang dan jika mengikut pecahan jumlah penduduk di setiap negeri maka Negeri Selangor berada ditempat paling atas dengan penduduknya berjumlah 5, 411, 324 orang diikuti oleh Negeri Johor 3, 233, 434 orang dan kemudian Negeri Sabah yang dilaporkan mempunyai penduduk seramai 3, 120, 040 orang serta penduduk Negeri Sarawak berjumlah 2, 420, 009 orang.

Yang menjadi tandatanya ialah kenaikan secara mendadak penduduk di Negeri Sabah dalam tempah sepuluh tahun. Bagaimana ianya boleh berlaku dan adakah bancian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan negara itu tepat dan tidak tersasar. Cuba kita lihat semula kepada jumlah bancian yang dilakukan sebelum ini iaitu khususnya untuk Sabah;
...bancian tahun 1980an penduduk seramai 929, 299 orang belum sampai 1 juta orang.
...bancian tahun 1990an baru saja melebihi sejuta orang
...bancian tahun 2000 penduduk Sabah tiba-tiba menjadi 2, 468, 246 orang menyamai penduduk Sarawak.
...bancian tahun 2010 penduduk Sabah jadi 3, 120, 040 orang sudah jauh melebihi penduduk Sarawak yang baru berjumlah 2, 420, 009 orang.

Dari mana datangnya rakyat Sabah yang begitu ramai? Tak mungkin juga mereka-mereka yang telah meninggal dunia turut dikira sama dan tak mungkin juga bayi-bayi yang masih didalam kandungan semasa bancian dijalankan juga dimasukkan dalam senarai??

Apakah kedatangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang tidak terkawal di Sabah sejak dahulu lagi antara yang menyumbang kepada pertambahan penduduk yang begitu cepat dan ketara sekali di Sabah?

5 ulasan:

C L J berkata...

Ada kah bilangan yang memakai kod 71 dibuat ???

Tanpa Nama berkata...

JABATAN PERANGKAAN KENA SEMAK BTUL2 SBLUM BUAT UNJURAN. BTUL KE JUMLAH YANG DI PEROLEHI MENGIKUT STANDARD BANCIAN? INI BKN PERKARA MAIN2 BROO. KALAU TAK MASAK KERAJAAN ADOIYAIII

hilbert berkata...

Terima kasih bro Jeffry & CLJ,

Kita bimbang apabila kemungkinan ada pihak2 yg mahu mengekalkan Sabah sebagai 'simpanan tetap' terpaksa menggadaikan kedaulatan negara kepada warga bukan negara..

myonemazlin berkata...

kalau nak tau..datang la ke sabah

Walter berkata...

Di mana kamu dapatkan pecahan mengikut negeri? Kena beli buku ke? Saya tidak dapat mengesan sebarang pecahan mengikut negeri dalam laman Jabatan Perangkaan.

Arkib Blog