KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan beliau mengidap penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita, tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.
"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul... mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat," Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia
Azizan akan jalani prosedur buka saluran tersumbat
ALOR SETAR 3 Ogos 2011 - Kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur "angioplasty."
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.
"Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat "correction" (pembetulan saluran yang tersumbat) itu," Dr Ismail Salleh - Utusan Malaysia
ULASAN;
Nampak gayanya pihak Barisan Nasional perlu bersedia lebih awal untuk membaik-pulih saluran-saluran yang didapati telah tersumbat itu dan perlunya untuk memastikan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepada masalah banjir apabila saluran yang tersumbat dikenal pasti telah menjadi punca penyebab air yang bertakung dan tidak dapat dilepaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan