Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Ogos 03, 2011

Apabila Ulama Terompah berbicara tentang sampah...

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai "sampah."

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain, yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Mac 2010 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan langkah tiga Ahli Parlimen PKR keluar daripada parti itu mengkhianati amanah rakyat.

"Saya nasihatkan mereka ini letak jawatan dan bertanding semula, demi maruah dan agama kerana mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

"Jangan fikir senang, manusia walaupun gagah ada masanya dia akan lemah. Rakyat memberi undi kepada parti, mereka mengkhianati amanah yang diberi," kata Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 25 January 2009 - Penyertaan ADUN Bota Perak, Datuk Nasharuddin Hashim ke dalam PKR membuktikan fitnah dan hasutan UMNO terhadap Pakatan Pembangkang selama ini untuk meraih sokongan rakyat akhirnya menikam diri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyifatkan "penghijrahan" ADUN Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin UMNO yang mengecam Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai PKR sambil mengucapkan tahniah di atas tindakan itu.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam PRU lalu, namun perkara yang sama berjangkit dikalangan ADUN.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah diatas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

KOTA BHARU 16 September 2008 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar Ibrahim adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam tu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihanraya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," kata Datuk Nik Aziz - Utusa Malaysia

Antara pandangan Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang satu perkara yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

2 ulasan:

aku berkata...

walaupun pendekatan adakala nya berubah.....tapi prinsip tidak akan berubah....apatah lagi berkaitan kebenaran dan keadilan.....

dalam hal ini....masa pilihanraya dahulu pun....PAS tidak pernah menyatakan akan bersengkongkol dengan kafir harbi DAP.....apatah lagi untuk membenarkan apa sahaja tindakan serta kata2 'rakan politik' depa.....dengan menggunakan agama....tapi perkara itu telah terjadi....dan masih lagi berterusan....

dan sekarang ni....agama itu sendiri 'digunakan' untuk mempertikaikan sesuatu yang benar...dan adil...hanya untuk kepentingan nikmat dunia dan kuasa semata....malah dalam hal ini....agama itu telah bertukar menjadi 'agama PAS'....dengan menganggap seorang muslim itu belum tentu muslim jika tidak 'bersama' PAS....apakah depa ni sudah terlalu angkuh dengan meletakkan 'ilmu' depa lebih tinggi daripada iman depa terhadap Allah yang Maha Esa...?

bagaimana agaknya nilai amanah kat depa ni.....kalau depa cuma tahu menggunakan amanah untuk mengkhianati....?

wallahu'alam...

Dot berkata...

cuba tanya terunapondok! gerenti dia akan kata sesiapa yg mengeji n.ajis & tidak mendapatkan keampunan tok gurau dia tu, akan terus masuk neraka. macam manala anak2buah tak jadi macam burung kakak tua & spt robot yg hanya tahu ikut arahan shj krn ditarbiahkan tok gurau mrk sebegitu rupa! lata2 tok gurau mcm perintah Allah & hadith Nabi plak!! dah la tok gurau sendiri mengambil peranan tuhan mcm paderi, boleh mengampunkan dosa puak2 dia waima berdosa mcm manapun!!

Arkib Blog