Auw!!! Yong Wen Feng |
Ramai pihak yang terkejut dan marah dengan berita berkenaan terutamanya orang-orang Islam termasuklah para pemimpin agama Kristian sendiri yang tegas menganggap bahawa majlis seumpama itu bukannya satu amalan yang harus diterima oleh masyarakat timur dan ini berlaku ekoran adanya usaha oleh pihak tertentu untuk membawa masuk amalan songsang itu ke dalam masyarakat Malaysia malah ianya semakin ketara dan menjadi-jadi sejak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN di Parlimen dalam PRU-13 lepas.
Apakah usaha oleh paderi tersebut merupakan satu percubaan pertama mereka untuk melihat sejauh mana penerimaan serta reaksi masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, budaya, adat dan agama ini tentang perkahwinan sesama jantina samada mereka telah bersedia menerima keadaan itu ataupun sebaliknya?
Cuma apa yang perlu kita tunggu dan nantikan ialah, apakah sekiranya DAP mendokong perjuangan paderi berkenaan maka adakah Mursyidul Am PAS akan mengeluarkan fatwa baru mengenai amalan berkenaan sebagaimana biasa apabila dikehendaki berbuat demikian oleh DAP? Apakah seandainya DAP katakan yang perkahwinan sejenis adalah tidak menjadi satu kesalahan dan hukumnya sah maka Datuk Nik Aziz juga akan kata... betul, betul, betul !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan