Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Ogos 16, 2011

Di Sarawak juga ada kes murtad orang Kristian masuk Islam !!!

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng


Bangsa: Melanau


Agama asal : Kristian


Mazhab: Roman Katholik


Nama asal: Abang Louis bin Abang Barieng


Masuk Islam pada pertengahan 1970an


Ahli Parlimen Mukah: Yang Berhormat Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad


Bangsa: Melanau


Agama asal: Kristian


Mazhab: Roman Katholik


Nama asal: Francis Leo Micheal Toyad


Masuk Islam pada 17 June 2006
 Itu hanya sekadar menyebut dua nama yang dikenali oleh masyarakat di Sarawak yang telah menjadi seorang Muslim setelah menukar pegangan agama mereka sebelum ini daripada Kristian kepada Islam.

Kalau dibuat kajian secara menyeluruh tentang jumlah berapa ramai serta berapa peratus orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam di negeri Sarawak dalam tempoh setiap hari, mungkin jika statistik mengenainya diperolehi pasti akan membuat pemimpin-pemimpin dalam PAS jatuh pengsan 7 hari 7 malam kerana terkejut.

Perkara seperti ini adalah biasa tidak menjadi masalah yang besar atau akan menjadi isu berpanjangan di Bumi Kenyalang kerana di sini penduduknya masih dapat menerima keadaan sedemikian dengan hati yang terbuka dan menghormati hak-hak seseorang itu didalam menentukan sendiri agama yang mereka rasa selesa.

Jika kes yang membabitkan orang yang memang asal Islam atau dilahir sebagai Islam keluar daripada agama Islam dan masuk agama Kristian belum pernah lagi terjadi tetapi kalau kes mualaf atau saudara baru yang bertindak kembali kepada agama asal memang ada berlaku, itu semua berpunca dari kegagalan pihak jabatan agama Islam sendiri yang mengabaikan kebajikan golongan berkenaan setelah mereka itu masuk Islam dan juga gagal dalam membimbing serta membentuk saudara-saudara baru menjadi seorang Islam yang kuat imannya.

Tiada ulasan:

Arkib Blog