Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 11, 2011

Langgar pantang makan, Anwar kembali tenat di wad hospital !!!


Dialog sedutan dari filem "Do Re Me"
Si isteri : Do yang mati dulu !
Si suami : Minah yang mati dulu !
Si isteri : Do yang mati dulu !
Si suami : Minah yang mati dulu !!!
Demi untuk mengetahui siapa sebenarnya yang mati dulu, maka si suami ini tadi iaitu bapa kepada Do telah menawarkan sejumlah wang kepada mana-mana penduduk yang datang ke rumah si Do & si Minah jika ada antara mereka yang tahu siapa yang mati dulu setelah kedua-duanya didapati telah meninggal dunia dan terbaring kaku di atas katil.
Sebaik saja mendengar jumlah wang yang disebut agak lumayan, tetiba saja mayat kedua-dua pasangan Do dan Minah bangun dan masing-masing mengaku merekalah yang mati dulu, dan keadaan ini telah menyebabkan orang ramai lari lintang-pukang dan ada yang tekad terjun dan melompat dari dalam rumah tanpa menggunakan anak tangga.

 Kalau menurut Husin Lempoyang dalam artikel terbaru beliau, Ketua Perusuh Negara, Anwar Ibrahim yang beberapa hari lalu terlibat dalam rusuhan di Ibu Kota dan mengalami kekejangan urat dan otot ketika sama-sama berarak dengan Ambiga, Hadi Awang, Asamad Said, Tian Chua, Chua Jui Meng dan lain-lain lagi namun selepas itu mengadu pula kena tembak dengan KY Jelly terkena atas dahi, terus dihantar ke hospital lalu dimasuk ke wad ICU dan leher dia pulak telah di simen dengan simen jenis konkrit atas kebenaran Datuk Seri Shaziman Abu Mansor selaku Menteri Kerja Raya Malaysia.
Tetapi semalam Anwar telah dibenarkan keluar dari wad kecemasan ICU untuk seketika bagi memberi laluan kepadanya untuk menziarahi keluarga arwah Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan sesak nafas semasa allahyarham turut serta dalam perhimpunan BERSHIT 2.0 berdekatan dengan bangunan KLCC di Ibu Negara semalam.

Para penyokong BERSHIT 2.0 pula menuduh bahawa allahyarham Baharuddin meninggal kerana terkena semburan penyejuk mata Eye-Mo, Eye-Drop yang dilepaskan oleh pasukan FRU dan Polis bertujuan untuk menyuraikan mereka yang berhimpun secara haram ditempat-tempat yang tertentu. Tapi setelah pemeriksaan dibuat ke atas mayat allahyarham, punca kematian allahyarham adalah disebabkan masalah jantung.

Husin Lempoyang juga ada membayangkan yang Anwar Ibrahim kembali nazak atau tenat, itu berlaku kalau menurut Husin selepas Anwar balik dari melawat keluarga allahyarham Baharuddin di Lembah Keramat dan doktor terpaksa memasang semula pendakap/penyokong leher pada tengkuk Anwar. Ini dah dekat 13 Julai rupanya. Skrip mesti betul ha ha ha...!!!

Tapi bagi akulah, sebab kenapa Anwar kembali tenat di hospital pasal dia telah melanggar pantang-larang makan. Nasihat doktor yang berpesan makan apa yang boleh dan tak boleh tapi Anwar masih berdegil. Doktor kata buat sementara waktu, jangan dulu makan makanan yang terlalu banyak mengandungi kolestrol seperti makanan yang berminyak umpamanya terung panjang warna ungu dan kurangkan pengambilan makanan yang mengadungi protein terlalu tinggi seperti ikan, tak kiralah samada anak ikan ke atau bapa ikan manakala makanan yang disyor oleh doktor kepada Anwar sebagai menu terbaik ialah daging LEMBU.

Tiada ulasan:

Arkib Blog