Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 22, 2011

Keluarga TBH sudah keterlaluan serta melampau !!!


Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz telah mengumumkan hasil siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung dengan misteri kematian mendiang Teoh Beng Hock yang mayatnya telah dijumpai terdampar di koridor tingkat 5 Plaza Shah Alam Selangor 16 Julai 2009 selepas mendiang memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang berada di tingkat 14 plaza yang sama.

Hasil siasatan suruhanjaya berkenaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Nazri dimana kematian mendiang Teoh Beng Hock adalah berpunca daripada membunuh diri dan bukannya dibunuh sepertimana yang telah didakwa pihak tertentu sebelum ini. Pengumuman mengenai hasil siasatan oleh suruhanjaya tersebut telah disambut baik oleh kebanyakkan rakyat Malaysia namun tidak bagi pihak keluarga mendiang sendiri terutamanya ibu Teoh Beng Hock yang nyata tidak mahu menerima keputusan berkenaan.

Apa yang kita perlu tahu serta maklum berkaitan dengan penubuhan suruhanjaya siasatan Di Raja itu ialah ianya telah menggunakan wang rakyat. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang bukan sedikit nilainya semata-mata untuk mencari kebenaran di sebalik kematian misteri Teoh Beng Hock yang dipenuhi dengan seribu satu persoalan.

Tindakan kerajaan yang telah menggunakan wang rakyat untuk tujuan itu hampir serupa dengan yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu bagi tujuan pembayaran Ex-gratia kepada enam orang bekas hakim yang dipecat sewaktu zaman Tun Dr Mahathir dulu dimana pentadbiran Tun Abdullah Badawi telah memperuntukkan wang rakyat sebanyak RM10.5 juta untuk tujuan berkenaan.

Tetapi didalam kes Teoh Beng Hock ini agak berlainan dan ada kemungkinan rakyat tidak terlalu memersoalkan sangat akan kewajaran pihak kerajaan untuk menggunakan wang rakyat bagi tujuan menyiasat kematian Teoh Beng Hock itu kerana perasaan simpati rakyat terhadap keluarga serta ibunya yang ditinggalkan oleh mendiang telah mengatasi semuanya.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap mudah bersimpati apabila berada di dalam keadaan yang tertentu memang tidak terlalu berkira sangat dalam soal sedemikian kerana demi rasa simpati terhadap mereka yang ditimpa sebarang masalah maka apa juga bantuan akan segera dihulur apatah lagi jika ianya melibatkan masalah besar seperti yang menimpan mendiang Teoh Beng Hock itu.

Namun apa yang pasti akan membuat kita semua menjadi mulai mual dan meluat terhadap pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock itu adalah kerana sikap ibu, tunang serta keluarga mendiang itu sendiri. Mereka seolah-olah tidak menghargai usaha pihak kerajaan Malaysia yang telah terpaksa membelanja wang rakyat yang bukan sedikit jumlahnya hanya kerana mahu mendapatkan kebenaran dan menegakkan keadilan sepertimana yang mereka tuntut sebelum ini.

Perasaan simpati kita kepada mereka sebelum ini pasti akan berubah menjadi benci. Kita tidak akan benci kepada keluarga mendiang hanya kerana melihat mereka seperti telah menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS tetapi kita menjadi semakin benci kepada mereka setelah merasakan kerajaan seolah-olah sudah teraniaya, turut akur dengan kemahuan mereka apabila bersetuju untuk menubuh satu suruhanjaya Di Raja bagi tujuan siasatan dengan mengorbankan wang rakyat tetapi malangnya apabila pihak suruhanjaya sudah ada keputusan hasil dari siasatan yang berbulan-bulan lamanya, keluarga Teoh Beng Hock pula telah menolak dan tidak mahu menerima keputusan berkenaan.

Kita tidak tahu, apakah muslihat sebenar keluarga Teoh Beng Hock seterusnya dalam isu ini. Apakah sebab mereka sehingga sanggup untuk mempermainkan kerajaan Malaysia sebegitu rupa? Kalau mereka mahukan keadilan sudah tentu juga kerajaan Malaysia, SPRM, Polis dan sebagainya juga mahu lebih keadilan bagi pihak mereka.

Dan jika ibu, keluarga atau tunang Teoh Beng Hock tidak mahu menerima keputusan suruhanjaya itu yang menyebut bahawa mendiang Beng Hock sebenarnya mati kerana membunuh diri, jadi pihak mana lagi yang disyaki oleh keluarga pihak mendiang telah sengaja membunuh Teoh Beng Hock ? Apakah mereka mahu satu lagi suruhanjaya untuk menyiasat ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat ???

5 ulasan:

Jeffry berkata...

PSTTT..SLM BROO..WALLY SLIPAU KAN ADE MUKJIZAT BOLEH ANGKAT ORANG MASUK SYURGA..SEPATUTNYADAP MINTAK DIA TOLONG BANGKITKAN BALIK TBH LA HEHEH

siut21 berkata...

Yang pergi tak akan kembali. Keluar air mata darah sekali pun, si mati tidak akan hidup kembali.

Rachel Cory yang pergi tak akan kembali. Sungguhpun satu dunia meratap dan menangis sekalipun, Rachel tak akan kembali.

Mereka yang hidup tidak dihalang untuk mendapat pembelaan dan pampasan daripada pihak yang bertanggung jawab menyebabkan sesuatu kehilangan.

Justeru, kalau ada pihak yang bertanggungjawab atas pemergian mengejut mana-mana individu, bukankah parti politik itu dan ini memiliki cukup peguam untuk bertindak bagi pihak keluarga?

Dalam konteks yang lebih luas, marilah perbetulkan minda agar beranggapan nyawa setiap insan sama saja nilainya.

Justeru, nyawa seorang insan di sini harus tidak lebih berharga dari ribuan nyawa yang menjadi mangsa pembunuhan kuasa-kuasa besar.

Jamaludin berkata...

Kerajaan tidak perlu melayan ketidakpuasan hati keluarga TBH. Selama ini pun org ramai tidak puas hati kerajaan tubuhkan suruhanjaya siasatan tersebut. Apa istimewa kematiannya dpd org lain. Disebablkan politik pembangkang, kes ini jadi sensasi. Dia yg bunuh diri sebab dia nak menyelamatkan bosnya. Sepatutnya keluarga TBH tak puas hati pada DAP. Alasan TBH dulu budak baik tidak boleh diterima. Anwar pun dulu nampak baik juga cuma sekarang saja lagi syaitan. Kerja dgn penyangak, mestilah akhirnya jadi penyangak wpun dulu sebg org baik. Kerajaan perlu hentikan kesnya selepas ini..

aku berkata...

perkara pokoknya apa...?

SPRM buat siasatan terhadap 'suspek' yg terlibat dgn rasuah....

so...SPRM panggil saksi untuk disoalsiasat....

tetiba saksi 'terjatuh' dpd bangunan SPRM tu sendiri...

dsbbkan itu...SPRM plak menjadi 'suspek'....

tapi 'perbicaraan' ini 'diadakan' di 'mahkamah' pakatan rakyat...dengan 'disoalsiasat' oleh wartawan2 dan ahli2 politik @ peguam depa....dan dijatuhkan 'hukuman' oleh keluarga mangsa....

jadi kat mana bukti...? saksi...? paling penting sekali kat mana keadilan..?

depa ni gilerr biolll!

hilbert berkata...

Kita merasa sangat kesal dengan sikap rakyat yang tak habis2 menyusahkan pihak lain...

patutnya apabila keputusan macam tu dah dibuat...terimalah seadanya bukannya untuk terus mempertikaikannya,,,

Arkib Blog