Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 20, 2011

Disebabkan kesilapan Pak Lah dan kelesuan Hishamuddin, inilah MHI !!!


Dua watak utama sebagai punca atau faktor kenapa keadaan ketenteraman di dalam Malaysia ini senantiasa kucar-kacir malahan sudah semakin hampir untuk meruntuhkan kedaulatan negara ini secara perlahan-lahan. Yang seorang sudahpun bersara dari dalam kerajaan manakala yang seorang lagi masih lagi bertahan dan duduk dalam kerajaan di meja yang nyata tidak sesuai dengan perwatakannya yang terlalu lembik dan hanya mengeluarkan amaran demi amaran.

Lihat dan renung-renungkanlah hasilnya di bawah ini apabila Malaysia yang seketika dulu pernah ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang gagal serta silap dan juga yang tidak berpandangan jauh ditambah pula apabila masih ada lagi seorang menteri dikekalkan dalam kabinet di bawah Perdana Menteri yang baru lalu telah di letaklah pula menteri itu ke jawatan yang sama sekali dengan tahap kemampuan menteri berkenaan;

ANWAR BINA RANGKAIAN DI INDONESIA ? - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Julai : Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat negara jiran tersebut baru-baru ini.

Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.

"Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan bukan kerajaan (NGO), menteri-menteri dan bekas ahli politik.

"Anwar giat memperluaskan pengaruh "Anwarisme" terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.

"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan dieksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungi Utusan Malaysia semalam.

Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.

"Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik tersebut.

"Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.

"Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya.

Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan menggerakkan sumber kerajaan sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian sedia ada di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut - Utusan Malaysia.

Kita kesal. Ya, kita sangat kesal dengan keadaan ini. Bukan mudah untuk YAB Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia mengembalikan semula sesuatu yang sangat berharga apabila ianya telah dirosakkan sebegitu rupa oleh pemimpin yang sebelumnya sesudah negara dikejutkan dengan keputusan kerajaan waktu itu yang membuka seluas-luasnya ruang kebebasan untuk bersuara kepada mana-mana rakyat Malaysia tanpa memikirkan risikonya di kemudian hari.

Di tambah lagi dengan corak kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin yang menerajui Kementerian Dalam Negeri dengan cara berlembut yang melampau serta keterlaluan. Nak tunggu badai datang melanda baru mahu bertindak. Ambabiga sebenarnya sudahpun berjaya merintis jalan serta membuka lorong kepada mana-mana puak di negara ini untuk membolehkan mereka seterusnya mengikut jejak langkah para pengkhianat serta petualang negara untuk menghuru-harakan ketenteraman di dalam negara.

Memang Bershit 2.0 gagal tetapi Ambabiga telah berjaya. Kalau Ambabiga tak berjaya mana mungkin dia begitu bersungguh-sungguh hendak membukukan peristiwa pada 9 Julai 2011 lalu apabila dia telah mengerahkan seramai 365 orang penganut agama Roman Katholik di Malaysia untuk menurunkan tandatangan mereka bagi diserahkan kepada Pope Benedict XVI sebagai tanda protest mereka terhadap layanan yang kononnya "buruk" kerajaan Malaysia kepada peserta demonstrasi haram Bershit 2.0 Sabtu minggu lalu.

2 ulasan:

blogenstarz berkata...

Pak Lah Lembek.KJ naik Junjung.Hisham banyak buih mulut...oic sajalah

hilbert berkata...

Ye bro,

kesan dari pentadbiran yg lemah telah memudaratkan Malaysia sebenarnya.. itu yg kita nampak hari ini... agak sukar utk PM DS Najib hendak membaikinya dalam masa yg singkat

Arkib Blog