Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 08, 2011

Ambiga & Asamad tidak mampu lagi menutup bangkai babi yang kian berbau!!!

Biar sebanyak manapun alasan atau perkataan yang digunakan oleh pengerusi pertubuhan haram Bersih Ambiga Sreenevasan untuk menepis tanggapan orang ramai bahawa pergerakan haram yang beliau pimpin kini sebenarnya digerak dari mula oleh kuasa 3 parti utama dalam Pakatan Haram iaitu PKR, DAP dan PAS dan ini memang tidak disangkal lagi apabila ianya sudah sampai ke penghujung tarikh perhimpunan yang telah ditetapkan membuktikan semua itu apabila kelihatan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Abdul Hadi Awang lebih menonjol daripada Ambiga sendiri dalam usaha untuk meneruskan juga perhimpunan haram itu walaupun sedang berdepan dengan masalah permit serta lokasi tempat ianya diadakan.

Jika sebelum ini Ambiga sering berdolak-dalih dan sering mengelak apabila ada sesetengah wartawan cuba mengaitkan beberapa orang tokoh politik dari Pakatan Pembangkang dengan perhimpunan Bersih itu malahan beberapa hari yang lalu Ambiga menegaskan bahawa perhimpunan haram Bersih tidak berkaitan dengan Pakatan Pembangkang DAP, PKR mahupun PAS tetapi apa yang peliknya ialah apabila Ambiga mensasarkan jumlah yang dikumpulkan pada hari Sabtu 9 Julai iaitu esok petang hanyalah berjumlah 50, 000 orang tetapi Anwar Ibrahim pulak mahu membawa jauh lebih ramai lagi penyokong iaitu sekitar 300, 000 orang.

Jadi, kalau bukan agenda Anwar Ibrahim atau kalau bukan Pakatan Haram yang mendalangi perhimpunan haram Bersih itu apakah sebab Anwar sampai sanggup untuk membawa dan mengumpul sebegitu banyak para penyokong bagi menyertai demonstrasi haram jika semata-mata perarakan dari Stadium menuju ke Istana Negara hanyalah bertujuan untuk menyerahkan satu dokumen yang mengandungi memorandum 8 tuntutan terhadap SPR yang beratnya hanya berapa gram saja?

Tidak hanya berlegar terhadap Ambiga sahaja, tetapi juga usaha untuk menutup sebarang pandangan masyarakat Malaysia terhadap muslihat sebenar Bersih itu telah merasuk ke dalam celah-celah janggut beruban Sasauterawan Negara A. Samad Said yang muncul untuk kali kedua dengan satu lagi puisi jahanamnya selepas "Unggun Bersih" iaitu yang terbaru ini berjudul "Peludah Warna." Kenapa saya katakan puisi Asamad Said ini sebagai puisi jahanam, cuba kita hayati dan tafsir dengan sebaik mungkin akan perkataan akhir yang dia gunakan dalam puisi berkenaan;

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
Warna kuning diisytihar racun berbisa.
Diragut baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu,
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

(dua baris puisi itu saja sudah cukup untuk menggambarkan betapa niat sebenar perhimpunan haram Bersih itu diadakan adalah untuk merampas kuasa melalui protest jalanan)

Walau bagaimana indah sekalipun bait puisi tatkala dibaca dan diperdengarkan kepada umum, namun semua itu tidak mungkin akan mampu untuk menutup segala yang tersirat disebalik apa yang sedang dan akan dilakukan oleh mereka atas nama Bersih pada esok hari. Mungkin bangkai anak cicak agak mudah untuk mereka sorok walaupun lama-kelamaan baunya pasti akan menembusi ruang rongga hidung tetapi untuk menutup bangkai seekor babi atau bangkai seekor gajah dengan hanya sehelai dedaunan adalah satu perkara yang amat mustahil dilakukan dan itulah dilema yang sedang dihadapi oleh kedua-dua petualang negara ini Ambiga Sreenevasan dan A. Samad Said.

Mereka kata, perhimpunan haram Bersih bukan bermotifkan politik pihak tertentu dan tiada kaitan dengan Pakatan Pembangkang, tetapi sayangnya Ambiga dan Asamad ternyata gagal mengawal nafsu serakah PKR, DAP dan PAS yang nyata sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetuai perarakan haram Bersih esok. Dalam banyak perkara, jelas sekali PKR, DAP dan PAS seringkali mendahului Bersih atau Ambiga dalam menentukan tindakan mereka seterusnya dan ini saja sudah cukup untuk membuat Ambiga dan Asamad Said mengaku saja bahawa Bersih sebenarnya adalah perkakas atau alat kajian PKR, DAP dan PAS untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAMAD TAK KESAH KENE LIWAT BROO ASALKAN KOMUNIS BERAJA DI MATA. DIA INGAT BILA DIA SOKONG KOMUNIS DPT 'MAIN' DGN AMBINGAI KOT KEHKEHKEH

Jamaludin berkata...

Zaman berpuisi dah habis. Org dah tak minat sebab org berpuisi adalah org yg kuat angan2nya. Rambut pun tak terurus. Lepas itu campur politik banjingan menyebabkan lagi org menyampah. Nanti org menyumpah supaya cepat jalan. Sebelum pergi buat puisi "Selamat Tinggal Kuning". Yang kuning tu keluar dr jubo sebab kena liwat. He..he..

hilbert berkata...

Orang tua yang tak sedar diri dia tu bro Jeff..,

sudah tak layak lagi bergelar Sasterawan Negara...memalukan orang2 sastera saja.

Asam Mad Said telah menyalahgunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk tujuan yang memudaratkan negara.

usin berkata...

aku jd konpius dgn pak samad ni. makin tua makin pelik perangai dia. mula2 dulu bertempik berkokok pasal ppsmi, ok. kerajaan layan (maklum la org tua). konon memperjuangkan bahasa melayu. tp yg dia lupa utk berjuang dlm landasan tersebut ialah mansuhkan srjk cina & tamil supaya semua sekolah menggunakan bahasa kebangsaan. agaknya dah nyanyuk kot. sekarang ni tengah galak pulak menyibuk pasal 'bersih' yg ntah hape2 tu. mcm org mati bini je anak cucu tengok pak samad ni. apa ke bendanya yg org tua ni x puas ati pada kerajaan ntah! kementerian kesihatan x pernah arahkan pak samad cukur jambang serabutnya. @ pak samad marah kpd kementerian kebajikan masyarakat kerana x beri sumbangan kewangan utk beliau ke salon trim jambang! kalau yg tu shahrizat jalil kena jwb. apapun, pak samad dh terlajak. dh merelakan diri jd kuda tunggangan politik. pesanan utk pak samad, utk pru13 akan dtg, pr x akan memilih pak samad jd calon sbb pak samad dh terlalu tua. sepatutnya pak samad perjuangkan nasib pak samad utk akan dtg bila dh jd arwah. banyak2kan ibadat supaya ada bekalan lebih bila di akhirat nanti. ambiga x dpt tolong pak samad bila kena soal malaikat nanti walaupun ambiga tu peguam(pang)...

hilbert berkata...

Betul tu Usin,
makin panjang janggut dia makin nyanyuklah Asam Mad Said tu...

dia suka kepada kejahatan..memang puaka juga orang tua tu

Arkib Blog