Gambar ini hanyalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang akan dan telah mati. Sekiranya ada persamaan, anggaplah ianya sebagai satu kebetulan sahaja. Musang Berjanggut jangan mare!!! Apakah anda mengalami kesukaran untuk mencukur janggut & misai? Anda mahu kelihatan bersih? Adakah anda mahu terus kelihatan selekeh dan tidak terurus? |
Jangan takut dan tunduk terhadap tekanan yang datang dari luar atau dari negara asing yang jelas sengaja mahu keadaan yang tidak stabil berlaku didalam negara ini. Negara Malaysia negara kita, hanya kita yang berhak untuk menentukan nasib dan masa depan rakyat serta negara ini tanpa perlu untuk kita mengikut telunjuk Barat bagaimana cara hendak menguruskan negara ini. Jika negara boleh berdikari dalam banyak perkara, mengapa tidak Malaysia. Tentu sekali Malaysia Boleh melakukannya !
Kepada rakyat Malaysia yang telah bertukar kulit menjadi pengkhianat dan petualang negara, masa masih banyak untuk kalian berfikir tentang kesilapan yang telah anda lakukan dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan dan harap jangan biar kesilapan terus bersarang dan menjadi inti perjuangan yang tidak membawa sebarang faedah untuk Malaysia.
Tindakan tegas dan berani daripada pihak Polis dan Tentera pada petang ini untuk menghalang sebarang usaha pihak BERSHIT 2.0 bagi mengadakan Protest jalanan adalah sangat diharapkan. Bagi mereka-mereka yang sudah dikenalpasti adalah ketua atau dalang kepada perhimpunan haram BERSHIT itu nanti, tangkap saja dan sumbat terus ke dalam lokap. Kenakan tindakan undang-undang yang cukup berat kepada penganjur BERSHIT itu. Kalau boleh, jika mereka disabitkan dengan kesalahan kerana ingkar kepada arahan polis, maka diharapkan dapat sekiranya mereka itu dikenakan hukuman buang negara dan lucut status kewarganegaraan mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.
1 ulasan:
DIORANG DH TERPINGA2 BROO. SAPE NAK KENE TANGKAP DULU KEHKEHKEH
Catat Ulasan