Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 27, 2011

Kerana tidak faham, Profanwar PAS sebulat suara tolak sistem biometrik



"Kita telah bincang cadangan itu(biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan pengundian dua kali atau lebih.

"Kami(PAS) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami (Mat Syabu, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob dan Mustafa Ali) hari ini." - Datuk Husam Musa 
 Kalau dah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz yang sudah tua dan telah lanjut usianya begitu masih boleh menerima cadangan SPR mengenai Sistem Biometrik, kenapa pula mereka yang dikategorikan sebagai golongan profesional dalam parti masih tetap mahu menolaknya. Pelik sungguh, macam terbalik pula.

Tambah pelik, apabila pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai golongan profesional yang bermakna mereka adalah yang terpelajar, berpendidikan tinggi, sudah tentu faham tentang teknologi terkini serta kegunaannya serta tahu bagaimana memanfaatkanya selain punya ilmu didada yang berkoyan-koyan tetapi tetapi mengapa juga tetap enggan menerima sesuatu yang baru?

2 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Rasanya puak2 ni takutlah Bro... sebab bila tekan ibu jari kat mesin tu tetiba keluar gambar lain.. tu pasal terus tolak tanpa buat kajian secara scientific... Lagi satu pasal cadangan dari PM... Bagi mereka biar cadangan dari Ambiga baru mereka ikut sebab Ambiga tu dah macam tuhan mereka dan patut disembah...

hilbert berkata...

Salam,

kalau iyapun mereka patut belajar terlebih dulu apa itu biometerik, apa kelebihannya... ni tak, belum apa2 dah tolsk..golongan profesional ke macam tu..prokolot adalah :)

Arkib Blog