Tarian tradisional kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak dengan diiringi muzik 'sape'
Pakaian kebudayaan Pahlawan kaum Iban di Sarawak lengkap dengan sejenis perisai yang dikenali sebagai "utap"
Tarian 'ngajat' kaum Iban yang kedua pasangan lengkap dengan costume asal usul masyarakat Dayak.
Aktiviti 'menyumpit' adalah sebahagian daripada gaya hidup kaum Iban di Sarawak. Pakaian yang dikenakan seperti hiasan di kepala, baju yang diguna serta senjata yang diikat pada pinggang adalah yang diamalkan sejak turun temurun oleh kaum Iban di Sarawak.
Disaat industri pelancongan di negeri Sabah semakin maju serta mendapat perhatian daripada para pelancong luar dan dalam negara namun perkara sebaliknya telah berlaku ke atas industri pelancongan di negeri Sarawak yang jelas sudah semakin malap dan lesu akibat kegagalan agensi-agensi pelancongan di Sarawak dalam mempromosi segala keunikan yang ada di Bumi Kenyalang bagi menarik minat masyarakat luar untuk berkunjung ke negeri Sarawak.
Keadaan inilah yang saya nampak telah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh kerajaan Sabah melalui Kementerian Pelancongannya untuk meniru mana-mana nilai budaya milik kaum Bumiputera di Sarawak untuk dijadikan sebagai produk pelancongan Sabah setelah mereka mendapati ianya mempunyai nilai komersil juga daya tarikan yang tinggi serta mampu memberi pulangan yang berlipat kali ganda kepada industri pelancongan negeri Sabah.
Lihat sajalah promosi pelancongan yang sedang giat dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Sabah serta agensi-agensi yang ada dibawahnya sekarang ini, mereka menggunakan media massa, media elektronik dan sebagainya untuk mempromosikan Sabah kepada pelancong luar dan dalam Malaysia sendiri dan kita akan nampak dalam iklan-iklan pelancongan Sabah, mereka menonjol sesuatu yang bukan milik mereka dalam setiap iklan yang disiarkan dengan menggunakan pakaian tradisional yang lebih mirip kepada pakaian tradisonal kaum pribumi Sarawak yang nyata bukan milik asal kaum pribumi yang terdapat di Sabah.
Apabila keadaan ini dibiarkan terus berlaku tanpa sebarang tindak balas daripada pihak di Sarawak, adalah bukan sesuatu yang mustahil jika satu ketika nanti industri pelancongan di Sarawak akan terus gagal untuk menarik pelancong luar negara untuk datang ke Sarawak setelah kebanyakkan sumber-sumber pelancongan yang sepatutnya dipertahankan agar kekal menjadi modal untuk menarik minat pelancong ke Sarawak sudah terlepas menjadi hak milik pihak lain.
Amat malang bagi Sarawak kelak apabila pelancong boleh menjadi keliru dan tidak dapat membeza yang mana satu budaya Sabah dan yang mana satu lagi budaya Sarawak kerana semuanya sudah hampir serupa. Dari segi tarian, pakaian yang digunakan hampir tiada yang berbeza. Dan semua ini adalah sangat tidak baik untuk kedua-dua negeri Malaysia Timur dalam usaha menarik pelancong datang ke negeri masing-masing.
Sebaik-baiknya Sabah harus terus kekal dengan budaya unik kaum terbesarnya iaitu budaya kaum Kadazan dan Bajau serta tidak perlu untuk mereka menciplak budaya kaum yang ada di Bumi Kenyalang bagi tujuan memikat pelancong luar datang ke Sabah dan begitu juga dengan Sarawak agar mereka yang bertanggungjawab tentang budaya Sarawak supaya sentiasa menjaga nilai-nilai budaya kaum di Sarawak agar tidak mudah untuk diakui oleh pihak lain sebagai sebahagian budaya mereka.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Mei 27, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan