Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 28, 2011

Anwar akan 'ngabang' Gawai Dayak hari ke-4 di Bintulu Sarawak

Pengerusi PKR Bahagian Bintulu, Paul Raja telah mengesahkan bahawa Punaisihat PKR Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan selama dua hari ke Bintulu sempena Hari Gawai Dayak 2011 dan akan mengnjungi dua rumah panjang Iban.

Dua rumah panjang yang hendak dikunjungi Anwar Ibrahim nanti belum lagi dapat ditentukan oleh jawatankuasa kerja PKR Bintulu tapi yang pastinya PKR sudah mengenalpasti satu tempat untuk menyambung balik kempen pilihanraya Sarawak yang sudah tamat 16 April 2011 lalu iaitu di Restoran Mandarin Medan Raya Bintulu dan waktunya ialah bermula jam 7:30 malam.

Semua pemimpin parti Tiga Abdul Sarawak iaitu DAP, PKR dan PAS akan menghadiri ceramah kempen Pilihanraya Gawai Dayak oleh Anwar Ibrahim dan disamping itu juga pihak PKR turut menjemput sesiapa yang berminat untuk mengetahui kisah liwat, jam Omega, Video Seks, tuala good morning, botol air mineral, DNA, brek kereta kena sabotaj BN, berus gigi, bahan pelincir KY-Jelly, tisu-tisu berterbangan, facebook, twitter, Bengawan Solo dan sebagainya bolehlah datang pada hari, waktu serta tempat yang telah ditetapkan.

Masuk adalah percuma. Makan percuma, Minum percuma. Tambang percuma. Tidur percuma. Dan segalanya adalah percuma sebab subsidi untuk tujuan itu telah disediakan oleh pihak PKR bersesuaian dengan janji-janji yang telah digariskan oleh Pakatan didalam buku Jinggay mereka iaitu hanya perlu berbelanja tanpa perlu risau duit datang dari punca mana.

Datang jangan tak datang!!! ...kita makan ramai-ramai tapi bayar sorang-sorang...

Tiada ulasan:

Arkib Blog