Saya tidak melihat isu ini iaitu dakwaan kononnya DAP mahu menjadikan agama Kristian sebagai "agama rasmi Persekutuan" merupakan satu usaha baru sengaja dilakukan oleh DAP hanya kerana berlakunya perjumpaan antara Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dengan sebilangan Paderi Roman Katholik baru-baru ini.
Kerana kadangkala pertemuan atau perjumpaan diadakan untuk tujuan yang ada kaitan dengan hal ehwal agama dan adalah sangat mustahil perjumpaan seperti itu terus didakwa bertujuan untuk membincangkan soal menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Tidak mungkin sebab kaum majoriti di negara ini adalah kaum Melayu dan agama Islam adalah yang terbesar, jadi bila timbul dakwaan sedemikian maka bagi saya ianya cumalah satu khabar angin semata dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum serta kesejahteraan negara tak payahlah terperangkap didalam isu-isu yang langsung tidak membantu menjadikan Malaysia kekal dalam keadaan yang aman dan selamat.
Yakinlah bahawa semua agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lainnya sudah lama sedar dan mengiktiraf bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi Malaysia walaupun masih terdapat segelintir pemimpin parti politik tertentu yang masih terus mempertikaikannya namun sebenarnya itu bukanlah pendirian daripada pemimpin-pemimpin agama sendiri melainkan hanyalah suara orang-orang politik yang memang punya banyak kepentingan yang kita rakyat juga kurang pasti.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Mei 07, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
7 ulasan:
Saudara amat matang ... ianya hanya politik sempit DAP dan sekumpulan kecil paderi yang terlalu ghairah dengan agenda political Christian.
Itulah sdra Husin, ianya juga seperti sengaja dibuat untuk mengalih perhatian dari isu sebenar iaitu video seks Anwar yg masih lg dlam siasatan polis.
B3njy juga amat terkejut dengan berita ini yang di siarkan di Buletin Utama sebentar tadi ... B3njy percaya ia merupakan permainan politik orang yang tidak bertanggungjawab yang tidak pernah bersyukur dengan keamanan negara hasil pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu ... perlukan ada lagi peristiwa seperti 13 Mei ? ... Jika perlu Akta ISA perlu digunakan bagi mengadili orang2 seperti itu.
Hm.. agenda politik sekarang semakin mempergunakan pemikiran yang sempit. Jangan sampai dengan politik begini berulangnya Peristiwa 13 Mei 1969.
perkara ini seolah sengaja digembar gemburkan... sampai semua rakyat dah lupa harga minyak dah naik.. harga gula naik.. apa lagi nak naik pasni...
orang tak ambil pot isu ni.
yang duk bisingnya orang politik jer.
ambil kesempatan
Catat Ulasan