Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 17, 2011

Haramkan DAP, PERKASA dan Mocs!!!

ISA harus dikenakan ke atas Ibrahim, Francis dan Abdillah ,

Reaksi terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali. Beliau sebagai seorang pemimpin veteran dan disegani ramai tidak patut menari mengikut rentak DAP yang jelas bersifat perkauman.

Kami faham apa masalah yang sedang melanda umat Islam lain di negara angkara perbuatan sekumpulan pemimpin dalam DAP yang sengaja memperalatkan agama Kristian sebagai perisai politik mereka tetapi adakah sesuatu yang wajar untuk Datuk Ibrahim Ali menghukum seluruh orang Kristian di Malaysia ini dengan menyeru supaya kami diserang ala 'perang salib'?

Itu sangat tidak adil bagi kami sebab kami sebagaimana rakyat yang beragama lain seperti Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lainnya juga punya hak ke atas wilayah kami sendiri.

Harap dalam isu yang bersangkutan bagi mengekang pihak-pihak yang tidak peduli tentang keamanan negara, keharmonian kaum adalah kita mahu agar Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil berat isu-isu seperti ini. Beri perhatian kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali, pantau juga apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin DAP yang sentiasa bermain dengan api sentimen kaum dan tolehlah apa yang sedang dilakukan oleh puak dalam Mocs di Sarawak dan kalau perlu tahan mereka dibawah Akta ISA!!!

1 ulasan:

mohamed berkata...

Nampaknya Ibrahim katak ni terperangkap dengan permainan DAP untuk memecahbelah kan kita kaum BumiPutra.

Ternyata katak ni senang dipermainkan

Arkib Blog