Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 dan telah mencalonkan sebanyak 19 orang untuk mewakili parti berkenaan namun hanya menang 6 kerusi sahaja manakal 13 lagi tewas kepada parti dari Singapura iaitu DAPAP.
Yang menariknya ialah apabila kawasan dimana kesemua 13 kerusi yang SUPP bertanding dan kalah rata-rata majoriti para pengundinya adalah terdiri daripada kaum Cina manakala kaum Bumiputera hanya membentuk sekumpulan kecil sahaja sebagai minoriti.
Daripada 6 kerusi yang dimenangi oleh SUPP 4 daripada kerusi berkenaan diwakili oleh calon Bumiputera iaitu di N01 Opar dengan YB Ranum Mina dari kaum Bidayuh sebagai calonnya, N16 Bengoh YB Jerip Susil juga seorang Bidayuh, N27 Simanggang YB Datuk Dr Francis Harden Hollis dari kaum Iban dan N28 YB Dr Johnical Rayong juga dari kaum Iban.
Keempat-empat kawasan DUN tersebut juga merupakan kaum Bumiputera menjadi pengundi yang majoriti terdiri daripada kaum Iban dan Bidayuh serta etnik-etnik kecil yang lain sementara pengundi dari kaum Cina hanyalah berjumlah kecil saja.
Manakala ada 2 lagi kawasan DUN yang dimenangi oleh calon SUPP iaitu di N47 Bawang Assan dan juga di N65 Senadin. Kedua-dua kawasan DUN berkenaan mempunyai pengundi dari berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Iban, Melanau, Kedayan, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Penan, Berawan dan lain-lain lagi.
Kedua-dua DUN ini diwakili oleh dua calon dari kaum Cina iaitu untuk N47 Bawang Assan YB Datuk Sri Wong Soon Koh dan N6 YB Datuk Lee Kim Shin. Persoalan yang mungkin timbul ialah, kenapa hanya mereka berdua saja yang terselamat sedangkan kesemua 13 kerusi yang juga turut mengenengahkan calon kaum Cina tumpas ditangan calon parti DAPAP.
Jawapannya mudah saja, sebab di 13 kawasan DUN itu majoriti pengundinya adalah mereka dari masyarakat Cina yang sudah lama menikmati segala kemudahan asas yang sehingga kini masih lagi belum dinikmati oleh sebilangan besar rakyat dari kaum Bumiputera di luar bandar atau pendalaman. Dan sebab mengapa 2 calon SUPP boleh menang di N47 Bawang Assan dan di N65 Senadin adalah kerana kumpulan pengundi kaum Bumiputera mampu membentuk menjadi majoriti dan melebihi jumlah kaum Cina.
Tanpa sokongan kuat daripada para pengundi kaum Bumiputera saya rasa adalah sangat mustahil bagi YB Datuk Sri Wong Soon Koh serta YB Datuk Lee Kim Shin berjaya untuk mengekalkan kedudukkan mereka di kedua-dua kerusi berkenaan kerana jika hanya mengharapkan pengundi daripada kaum Cina untuk memangkah mereka maka tidak memeranjatkan juga sekiranya mereka turut tewas pada 16 April 2011 yang lalu.
Walaupun bukan semua juga pengundi dari kaum Cina yang menyokong DAPAP secara terbuka atau menentang Barisan Nasional secara senyap tetapi namun kecenderungan mereka untuk berpihak kepada DAPAP memang tidak boleh disembunyikan dan memang ada juga yang mengundi untuk BN tetapi semuanya mungkin satu keputusan yang dibuat dalam keadaan yang teragak-agak.
Kini setelah Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan kalah dalam pilihanraya itu dan ini juga telah membawa kepada semua perletakkan semua jawatan beliau daripada SUPP serta kerajaan. Dalam kabinet Sarawak Dr George Chan sebelum ini adalah Timbalan Ketua Menteri I Sarawak dan apabila beliau tewas maka jawatan itu yang dikhaskan untuk masyarakat Cina juga nampaknya perlu diisi oleh salah seorang ADUN daripada SUPP yang menang namun tidak semestinya seseorang itu berketurunan Cina walaupun pada hakikatnya SUPP adalah sebuah parti yang berasaskan kaum Cina.
Masalah penerimaan pasti akan timbul daripada kaum Cina itu sendiri, adakah mereka sudah bersedia untuk diwakili oleh pemimpin dari kaum Bumiputera dari SUPP untuk mewakili suara masyarakat mereka didalam kerajaan negeri Sarawak? Jawapannya mungkin sukar bagi mereka terima atau lebih tepat lagi mungkin tidak mahu menerima kaum lain jadi pemimpin mereka didalam parti.
Selain itu, SUPP juga menghadapi saingan rapat daripada parti PRS untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri kerana Presidennya YB Datuk Sri James Jemut Masing mahu Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud mengiktiraf PRS sebagai parti kedua terbesar di Sarawak selepas parti PBB kerana jika dikira dari segi jumlah kerusi yang dimenangi ternyata PRS sudah mengatasi jumlah berbanding dengan jumlah kesemua kerusi yang diperolehi oleh parti SUPP diterajui Dr George Chan dan SPDP pimpinan YB Datuk Sri William Mawan Ikom.
Seterusnya andaikata masyarakat Cina Sarawak masih enggan untuk menerima sebarang pemimpin Bumiputera dalam SUPP untuk memegang satu jawatan penting dalam kabinet negeri walaupun mereka sudah sedar bahawa terlalu ramai pemimpin tertinggi dalam SUPP dari kalangan masyarakat kaum mereka sendiri yang kalah gara-gara perhitungan salah yang juga mereka sendiri buat, apakah yang dapat kita lihat dari sentimen seperti itu?
Itu bermakna Bumiputera yang ada dalam SUPP sebenarnya peranan mereka tidaklah dikira sebagai sangat penting dalam parti melainkan cuma untuk menambah jumlah keahlian SUPP agar suatu hari nanti parti tersebut semakin berkembang dikalangan kaum Bumiputera dan SUPP bolehlah memohon satu atau dua lagi kerusi daripada PBB atau PRS atau SPDP untuk diberikan kepada SUPP dan soal perkongsian kuasa dengan kaum lain dalam SUPP usahlah diungkit-ungkit.
Fungsi atau peranan pemimpin Bumiputera dalam SUPP kelihatannya tidak ubah seperti hanya sebagai pengalas atau lebih tepat lagi sebagai "galang ganti" kepada SUPP untuk terus mendapat tempat didalam politik Bumi Kenyalang ini. Kesediaan mereka untuk menerima secara rela seseorang pemimpin Bumiputera sebagai ketua adalah sesuatu yang sangat mustahil dan tak mungkin akan terjadi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, April 20, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
SLM 1MESIA BRO..SELAGI NEGARA NI TAK JATUH KE TANGAN DAP KOMUNIS, SELAGI TU LA DIORANG AKAN UNDI DAP KOMUNIS BROO..HARKKK PTUIHH!
Salam bro,
kalau rakyat selalunya diminta menilai..maka sekarang kerajaan juga boleh berbuat demikian..
apa juga faedahnya untuk berbudi kalau ada yang terus menerus menolak kerajaan BN...buang beras saja
Catat Ulasan