Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 21, 2011

Apa perlunya Celcom Malaysia menjulang bahasa Indonesia di negara ini ?

Cuba anda dail ke nombor Celcom Careline iaitu 1111 ataupun 1-300-111-000 dan sejurus selepas itu apabila panggilan kita masuk lalu akan disambut dengan kata alu-aluan dari operator yang telah tersedia secara automatik dalam bahasa Inggeris iaitu "welcome to Celcom Careline" dan tiga saat selepas itu kedengaran bunyi (((((bip!))))).

Seterusnya kita juga akan terus dilayan oleh operator yang sama tetapi dalam bahasa berlainan iaitu Bahasa Indonesia dan bukannya Bahasa Malaysia seperti kelazimannya. Segala panduan atau langkah yang perlu kita lakukan untuk memudahkan urusan dengan pihak Celcom melalui panggilan dari telefon bimbit semuanya dijelaskan dalam Bahasa Indonesia.

Bunyinya lebih kurang begini :

"Selamat anda mendengarkan siaran ini"...

* "Untuk kembali ke menu utama, tekan angka sembilan"

* "Untuk mengulang kembali, tekan angka tujuh"

* "Untuk mendengarkan sisa pulsa atau menambahkan jumlah pulsa anda tekan satu"

* "Untuk fasilitas Blackberry, 3G, GPRS dan MMS, tekan dua"

* "Untuk mendapatkan kode P.U.K dan melaporkan kerosakan atau kehilangan fon sel, tekan empat"

* "Untuk berbicara dengan agen komputer kami, silakan tekan angka nol"

Kepada pihak Celcom, kalaulah perkara itu terpaksa dilakukan demi untuk mengautkan keuntungan apabila pelanggan warga Indonesia mengatasi jumlah pelanggan rakyat tempatan sendiri, jadi janganlah sampai mahu Bahasa Malaysia juga turut tergadai sama.


Sebagai rakyat Malaysia bersama-samalah kita mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia dan bersama-sama juga kita memertabatkan bahasa rasmi negara kita.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

CELCOM NI DARI DULU SUKE BIKIN KONTROBASI LA BRO. ATAU SAJE NAK CARI PABLISITI CHEAP SALE. SAJE KASI RAKYAT PANAS HATI. AGAKNYA DIORANG NI PRASAN KITA KAT INDON KOT HUHUHU

Ariffin Janal berkata...

Celcom ni memang buat aku hangin betollah......harap Menteri kebudayaan ke,Menteri telekomunikasi ke dapat cantas benda2 ni...kasi potong terus kalau masih jadi lagi.... kita boikot terus celcom.Kalau kat Malaysia buat cara malaysia, lain kalau celcom dapat taburkan celcom kat indonesia sana.

hilbert berkata...

bro Jeffry,
patutnya celcom lebih peka dengan sentimen pelanggan tempatan tetapi lebih bangga dengan orang indon.

Ariffin,
kita tak naklah melihat syarikat-syarikat telekomunikasi yg dah maju seperti celcom cepat lupa diri...mengagungkan bahasa negara lain semata-mata untuk memikat hati pelanggan.

Arkib Blog