Walaupun sokongan rakyat di N.50 Dalat nampaknya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini terhadap Barisan Nasional dan keadaan ini agak jelas kelihatan ketika kempen sedang berjalan dibeberapa tempat dua tiga hari yang lalu tetapi ianya bukan bermaksud untuk menunjukkan secara keseluruhan bahawa semua rakyat di DUN Dalat tidak lagi menyebehi BN pada pilihan raya kali ini.
Sokongan yang akan menyelamat calon Barisan Nasional di DUN Dalat kali ini saya yakin akan diperolehi melalui kertas-kertas undi para pengundi dari kampung-kampung seperti Kpg Mudan Oya, Kpg Senao Oya, Kpg Kuala Oya, Kpg Boom Oya, Kpg Terus Oya, Kpg Teh Oya, Kpg Penat Oya, Kpg Balan Dalat, Kpg Sungai Kut Tengah Dalat, Kpg Sungai Kut Muara Dalat, Kpg Brunei Seberang Dalat dan saya yakin sokongan pengundi dari kampung-kampung inilah nanti pasti yang akan menyumbang kepada peratusan melebihi 90 peratus kemenangan untuk calon BN cuma mungkin ada segelintir kecil saja yang akan membuat undi protes dengan memberi undi simpati kepada calon Bebas iaitu Salleh bin Mahali, itupun sekira ada yang bersimpati.
Manakala bagi para pengundi dari kampung-kampung seperti Kpg Tanam Dalat, Kpg Tengah Dalat, Kpg Sungai Ud Dalat, Kpg Baru Melanau Dalat, Kpg Baru Cina Dalat, Kpg Tegup Dalat, Kpg Kekan Dalat, Kpg Medong Dalat dan Kpg Klid Dalat, Kpg Narub Dalat serta para pengundi dari Rumah-rumah Panjang Iban di sepanjang Hulu Sungai Oya, undi rakyat dari setiap kampung tersebut kita nanti akan dapat saksikan untuk satu kampung separuh daripada mereka akan mengundi calon BN sementara separuh lagi akan memilih calon dari PKR iaitu Sylvester Ajah bin Subah tetapi pengundi-pengundi dari kampung ini tidak akan memberi undi mereka kepada calon Bebas yang memang tidak dikenali tidak sepertimana mereka kenal dengan calon PKR yang mempunyai pertalian keluarga dengan sesetengah penduduk yang ada dalam kampung-kampung yang tersebut di atas.
Isu-isu yang dimainkan oleh calon PKR di DUN Dalat juga tidak semuanya akan mampu untuk menarik minat serta sokongan daripada para pengundi kerana apabila isu tanah NCR, isu peruntukkan dana minyak injin sangkut atau rebat minyak dan beberapa isu yang remeh-temeh seperti isu luar yang tidak bersangkut-paut dengan masalah penduduk di DUN Dalat sengaja dibawa masuk dalam setiap ceramah kempen PKR maka itu semua akan membuat para pengundi menjadi mual ini disebabkan tidak semua penduduk di DUN Dalat yang terlibat dalam masalah tanah serta isu rebat minyak injin sangkut.
Namunpun begitu, bagi pihak Barisan Nasional sekiranyalah mereka sedar tentang dimana terdapatnya kelemahan kempen yang dijalankan oleh jentera pilihan raya PKR serta isu yang diketengahkan oleh calon pihak lawan iaitu sepanjang tempoh berkempen ini tidak bermakna yang jentera pilihan raya BN terus merasa selesa kerana sepanjang masa berkempen pihak BN harus sentiasa harus berhati-hati kerana biasanya pihak lawan juga akan sentiasa memerhati pergerakkan jentera BN dan mereka juga boleh pada saat-saat akhir akan mengubah strategi berkempen bagi mengelirukan pikiran para pengundi.
Berdepan dengan pihak PKR di DUN Dalat, adalah satu kesilapan yang besar sekiranya pihak Barisan Nasional masih mengamalkan cara berkempen "cuma bertahan" tanpa menyerang balik segala fitnah yang ditujukan khusus kepada kerajaan Barisan Nasional. Apabila pihak Barisan Nasional dipalit dengan bermacam-macam certa fitnah oleh pihak lawan maka sudah menjadi satu kemestian pula bagi pihak BN untuk menepis segala tuduhan yang tidak berasas sama sekali daripada pembangkang dan jentera BN harus pantas mematah segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, April 11, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan