Saya bukannya bermaksud hendak menidak atau menafikan hak kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam di negeri Sarawak ini untuk menerajui pentadbiran kerajaan sebagai seorang Ketua Menteri bagi negeri di Bumi Kenyalang ini sebab perkara yang berkenaan memang sudah jelas ada didalam Perlembagaan Negeri Sarawak itu sendiri.
Dan lagi kalau kebiasaannya selalu ada pihak yang berpendapat bahawa orang-orang Islam sebagai minoriti di negeri Sarawak ini adalah berdasarkan atau merujuk kepada hanya kepada kaum Melayu sahaja tetapi mereka lupa tentang kaum Bumiputera lain yang juga beragama Islam seperti kaum Kedayan yang kesemuanya adalah Islam dan juga kaum Melanau yang majoriti mereka juga beragama Islam.
Sebenarnya majoriti diambilkira apabila kekuatan kuasa politik ketiga-tiga kaum ini iaitu Melayu, Melanau dan Kedayan digabungkan menjadi satu kerana melihat dari segi budaya, adat resam, pegangan agama serta tempat kediaman ketiga-tiga kaum ini adalah hampir serupa dan tidak jauh berbeza. Dan apabila pergabungan ini berlaku ternyata kekuatan pada ketiganya sudah mampu mengatasi kuasa politik atau sekurang-kurangnya mengimbangi kuasa politik yang dimiliki oleh kaum lain yang dianggap sebagai majoriti.
Disamping itu juga, kenapa jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak saya sebut sebagai harus perlu terus diberikan kepada Bumiputera Islam kerana selain daripada perkara sepertimana yang saya sebutkan diatas banyak lagi perkara lain yang perlu diambil kira terlebih sebelum fokus kepada jawatan Ketua Menteri umpamanya sesorang yang datang dari kalangan yang jiwa mereka mudah rapuh, tidak teguh pendirian, mudah dijual beli atau dalam ertikata lainnya tidak layak sama sekali untuk menjadi pemimpin kepada 2, 420,009 rakyat Bumi Kenyanlang keseluruhannya.
Selain itu, kelayakkan yang ada pada diri individu itu sendiri yang sekian lama didendangkan bakal akan menjadi Ketua Menteri Sarawak jika pihak mereka berjaya menewaskan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud patut pihak Pakatan Pembangkang sendiri ukur terlebih dulu dari semua sudut dan bukannya hanya dari kehebatan dia memenangi beberapa kes tuntutan tanah NCR di Mahkamah sebelum ini.
Baruk Bian hanya seorang peguam. Peguam biasanya hanya bijak memutarbelitkan segala fakta dengan harapan beliau memenangkan anak guam yang diwakilinya dalam setiap proses perbicaraan di mahkamah. Biasanya juga seseorang peguam itu kebanyakkannya tidak mempunyai kelulusan yang terpuji dalam dalam bidang ekonomi kecuali hanya tahu mengira berapa banyak duit masuk akaun setiap kali menang dalam perbicaraan. Itu saja, tidak lebih dari itu.
Jadi bagaimana Baruk Bian boleh diterima untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak jika beliau bukan berada dalam perkara yang telah saya jelaskan seperti pada mula tulisan dari atas tetapi dia memang benar seperti apa yang saya gambarkan diperingkat akhir tulisan saya sebaris di sebelah atas.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, April 11, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan