Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 14, 2011

Manifesto Pakatan penuh fitnah dan sungguh mengaibkan rakyat Sarawak !

 Pagi ini tadi di Bandaraya Miri, berduyunan barua-barua puak Pakatan Pembangkang yang kebanyakkan mereka datang dari Semenanjung Malaysia mengedar risalah(gambar 1 atas, bawah 2,3 dan 4) yang berkunjung pagi ke pusat bandar dimana risalah berkenaan mengandungi semua janji serta cerita karut dalam manifesto DAP, PKR dan PAS untuk pilihan raya umum Sarawak ke-10.

Sambil mengagih-agihkan risah tersebut mereka melaung-laungkan slogan 'jom ubah' kepada orang ramai yang lalu-lalang serta juga yang didatangi ditempat premis-premis perniagaan mereka oleh lembu-lembu Pakatan Pembangkang ini. Dan ada juga diantara mereka yang langsung berkempen lantas mengingatkan penduduk Miri agar bersama mereka mengubah kerajaan pada 16 April ini.
 Seperti yang tertera di atas adalah 5 teras utama merupakan sebahagian dari janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat Sarawak juga terdapat didalam manisfesto Pakatan Pembangkang. Yang pertama Pakatan Pembangkang berjanji akan mengembalikan hak tanah kepada rakyat Sarawak yang didakwa kononnya telah dirampas oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan keluarga beliau.

Itu adalah satu fitnah yang nyata. Mereka hanya berani menuduh dan membuat fitnah sehingga sanggup pula untuk mengupah NGO-NGO yang diketuai oleh Pengerusi Suaram Dr Kia Kua Soong membuat demo di Semenanjung Malaysia meminta kerajaan menubuh satu tribunal khas iaitu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat dakwaan mereka itu.

Dr. Kia Kua Soong pula mendakwa pihaknya ada bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut tetapi kenapa tidak berani kedepan, buat satu aduan bertulis kepada SPRM dan bawa sekali semua bukti-bukti yang dikatakan ada dalam simpanan mereka dan kenapa hanya mendesak SPRM untuk bertindak segera sedangkan mereka sendiri berterusan keliling kawasan mendendangkan perkara yang sama juga tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menyiasattuduhan mereka itu.
 
 Melarat??????????????????????? ..benarkah 70% rakyat Sarawak melarat??? Melarat membawa maksud tarafnya adalah lebih rendah daripada seorang yang meminta sedekah ditepi jalan. Melarat boleh dikategorikan sama tarafnya dengan mereka yang memilih untuk hidup sebagai gelandangan iaitu tinggal merempat dimana-mana seperti dibawah jambatan dan sebagainya. Ada tak rakyat Sarawak menjalani kehidupan seumpama itu? Kalau ada berapa orang???

Jumlah rakyat Sarawak seperti yang diperolehi melalui bancian penduduk 2010 adalah sebanyak dua juta empat ratus dua puluh ribu sembilan(2, 420, 009) orang termasuklah Baruk Bian, DS Hjh Hafsah Harun, Dr Micheal Teo, Ahmad Nazib Johari, Dominique Ng, Edwin Dundang, Sylvester Ajah bin Subah, Datuk Salleh Jafaruddin, Wong Ho Leng, Chong Chieng Jen.

Dr. Micheal Teo calon PKR sendiri memiliki harta bernilai jutaan ringgit hasil dari premis klinik kepunyaan beliau termasuk sebuah banglow mewah atas bukit tepi jalan di Tanjung Lobang Miri. Ada tak Dr Micheal melarat? Sepatutnya beliau rasa terhina dengan isi kandungan manifesto yang mereka sendiri buat.

Begitu juga dengan Baruk Bian yang memiliki aset berjuta-juta ringgit..lagi punya sebuah rumah banglow mewah juga atas bukit di Lempaki dalam daerah Merapok Lawas... Baruk Bian sudah hidup senang lenang dan dia juga sudah berjaya sebagai seorang peguam serta sudah banyak mengumpul wang dari setiap kemenangan ke atas sesuatu kes yang beliau kendalikan. Ada tak Baruk Bian mengemis tepi jalan? Siapa pernah terjumpa Baruk Bian menghulurkan tangan minta duit siling 10 sen, 20 sen, 30 sen daripada orang ramai??? ..tiada kan.
Ini lagi dasyat dan amat memalukan. Sudahlah Pakatan Haram sebelumnya tuduh rakyat 70% hidup melarat...kini mereka tambah lagi satu lagi aib buat rakyat Sarawak dengan menuduh 70% daripada rakyat Sarawak adalah miskin tegar. Miskin tegar???... ada tak rakyat Sarawak merangkak atau menyeberangi Laut Chin Selatan merayu minta makanan daripada keluarga Anwar Ibrahim, keluarga Lim Kit Siang, keluarga Karpal Singh dan keluarga Haji Abdul Hadi Awang Cawat??? ...tak pernah kan,,rakyat Sarawak tidak sehina itu..rakyat Sarawak ada maruah dan lebih bermaruah daripada keempat-empat biawak itu!!!

Lagi teruk, lihat dihalaman yang ke-7 dalam risalah manifesto Pakatan Haram itu...lepas mereka mengaibkan rakyat Sarawak dengan data-data palsu itu lalu mereka cuba membandingkan Sarawak dengan keadaan keseluruhannya di 4 buah negeri bawah pentadbiran mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan memang tidak dapat dinafikan telah lama memiliki apa yang tidak ada dimiliki oleh Sarawak namun semua itu adalah hasil dari kemajuan serta pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum Tsunami politik 2008.

Hampir 3 tahun sudah keempat-empat negeri berkenaan jatuh ke dalam tangan Pakatan Haram, apa benda yang sudah mereka buat disana??? Apa yang mampu mereka buat ialah dengan mengorek pasir dan jual kepada Singapura untuk mengisi dana kerajaan bagi mengota sebahagian janji-janji yang pernah mereka beri kepada rakyat semasa kempen PRU-12 dulu.

Tak cukup dengan itu, mana-mana rakyat yang dirasa tidak menguntungkan poket mereka maka akan dihalau macam anjing, contoh apa yang telah berlaku ke atas ratusan penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, janji PKR sebelum berkuasa tak nak ganggu penduduk disitu dan biar mereka tinggal disitu untuk selama-lamanya tetapi apa yang mereka buat selepas itu adalah sebaliknya apabila tanpa menghirau tangisan penduduk di Kpg Buah Pala...Pakatan Haram tanpa belas kasihan telah mengusir kesemua mereka keluar dari kawasan itu dan rumah mereka di roboh dan suasana itu tak ubah sama seperti apa yang dilakukan oleh rejim Yahudi ke atas penduduk Palestine di Semenanjung Gaza.

Rakyat Sarawak!!! bukalah mata terang-terang, baca dan fahamilah apa maksud sebenar yang tersirat disebalik manisfesto Pakatan Haram itu. Selain ianya satu fitnah dan pembohongan semata-mata...manifesto itu juga adalah sebagai satu kesinambungan "penghinaan" yang pernah Hj Hadi Awang Cawat terhadap rakyat Sarawak dulu yang beliau tuduh "tidak reti undi" kerna masih pakai "Cawat" lagi, dan manifesto Pakatan Haram 2011 itu merupakan satu pelengkap kepada siri "penghinaan" yang saya rasa betul-betul telah mengaib dan memalukan seluruh rakyat Sarawak.

2 ulasan:

Noor berkata...

Anak Sarawak duduk atas pokok ke? mustahil..melarat impossible..mengemis jauh sekali..habis yang kata tu siapa?..firaun yang berkata kata tu adalah jembalang yang kekenyangan dek harta yang bertimbun tanpa POWER..jadi POWER itulah yang dicari supaya kekayaan 7 keturunan kekal selama lamanye..yamg melarat tu lantak korang lah pandai pandailah nak hidup..

Mohd berkata...

Nak ubah apa?
Towkeh2 Cina di Sarawak kena ingat jika Pakatan Rakyat berkuasa di Sarawak, towkeh2 Cina dari Semenanjung akan datang mencurah2 ke Sarawak dan ......
Lu sendiri mahu ingat maa .......

Arkib Blog