Hari sudah semakin dekat dengan tinggal hanya berbaki 2 hari setengah saja lagi termasuk hari ini untuk semua parti-parti baik daripada BN maupun daripada pihak Pakatan Pembangkang mengadakan ceramah kempen masing-masing ini kerana seperti kebiasaannya setelah tempoh berkempen tamat selepas jam 12 tengah malam 15 April ini semua bentuk kempen adalah dilarang kecuali melalui blog ataupun facebook.
Apa yang saya nampak sejak bermulanya hari berkempen iaitu sejurus selesai proses penamaan calon pada 6 April lalu sehingga kini terdapat kempen yang dijalankan oleh pihak dari Barisan Nasional hanya bertumpu dikawasan yang mudah jentera BN bergerak seperti dikawasan-kawasan bandar atau yang sudah mempunyai banyak kemudahan asas dan ini seolah-olah telah meminggirkan kawasan DUN yang berada agak jauh dari kawasan bandar.
Kalau dibandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri saban hari boleh kita lihat liputan mengenai kempen yang banyak disertai oleh pemimpin pusat keluar di kaca TV..tetapi adakah kita nampak mereka turut berbuat demikian dikawasan-kawasan yang jauh dipendalaman..rasa saya tidak kerana dikawasan tersebut semua tugas-tugas kempen telah diserahkan bulat-bulat kepada calon yang bertanding untuk berdepan dengan pihak lawan.
Adakah ini disedari atau tidak? Bila nak sedar?...bantulah calon-calon BN yang kawasan mereka jauh dari bandar untuk menang, janganlah ingat nak ambil hati pengundi kaum Cina sahaja..kaum Bumiputera pendalaman juga apa kurangnya..........
Contoh DUN-DUN BN yang seakan-akan terpinggir dari sentuhan dan perhatian sejak mula waktu berkempen oleh pemimpin BN Pusat adalah seperti N.36 Semop, N.38 Jemoreng, N.50 Dalat dan N.69 Batu Danau Limbang. Kenapa membiarkan calon-calon BN dari keempat-empat kawasan DUN ini terkapai-kapai sendiri melawan ceramah daripada pihak parti lawan?
BN ingatlah, jika sebelum ini saya hanya lihat N.54 Pelagus selain N.36 Semop, N.38 Jemoreng dan N.50 Dalat yang bermasalah buat BN untuk mempertahankannya tetapi kini saya dapat lihat bahawa terdapat ada satu lagi agak kurang selamat buat BN iaitu N.69 Batu Danau di Limbang..menjadikannya kini sudah ada 5 DUN berbahaya buat BN.
BN jangan ambil mudah telahan ini kerana sebarang kealpaan akan membawa kekalahan kepada BN apabila ada ruang yang dibiar terbuka tidak akan dilepas oleh pihak parti lawan untuk terus menyusup masuk. Buatlah sesuatu untuk membantu calon-calon BN diluar bandar berkempen, jangan disangka air yang tenang tiada BUAYA!!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, April 14, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan