Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 27, 2011

Khalid Gagap belanja RM600,000 utk kempen hapuskan ISA di Selangor !

Saya ingat kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM600,000 untuk kempen menghapuskan pembiakkan atau kempen anti nyamuk aedes tetapi rupa-rupanya wang yang dalam jumlah begitu besar jumlahnya digunakan cuma bertujuan untuk menghapuskan Akta ISA yang telah menjaminkan keamanan serta keselamatan di negara ini agar dapat dipertahankan.

Maka jelas sangatlah sekarang ini bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang memang langsung tidak selesa berada didalam sebuah negara yang aman seperti Malaysia dan jelas juga bahawa DAP dan PKR mahu keadaan yang tenteram di negara ini harus segera dihuru-harakan dengan berbagai-bagai pergolakan.

Bagi saya tak payahlah Tan Sri Khalid Gagap serta barisan kerajaan pimpinan beliau membazir sebegitu banyak jumlah wang jika semata-mata untuk membeli sebuah kemusnahan. Akta ISA yang wujud hari ini tidak pernah memulangkan walau sesen pun hasil daripada keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat Malaysia hingga kini kepada mereka-mereka yang dahulunya telah bertungkus-lumus dalam mencipta undang-undang tertentu bagi menjaminkan keselamatan jangka panjang negara yang berkekalan.

Apa yang sangat diharapkan oleh pemimpin negara yang terdahulu seperti Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Ghaffar Baba dan ramai lagi dari apa yang mereka dulu sudah buat adalah suasana yang membolehkan setiap generasi selepas mereka di negara ini dapat melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab mereka selaku rakyat Malaysia dalam keadaan yang selamat dan aman tanpa sebarang rasa bimbang terhadap rusuhan dan pemberontakkan.

Oleh itu saya rasa tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak boleh duduk sebagai Menteri Besar di Selangor, Kedah dan Ketua Menteri di Pulau Pinang dengan keadaan yang aman dan selamat jika suasana menjadi amat tidak tenteram apabila negara kita tiada lagi mempunyai sebarang undang-undang yang memperuntukkan kuasa mencegah pihak-pihak yang sengaja mahu menimbulkan keadaan huru-hara sepanjang masa didalam negara ini.

Saya tidak melihat yang Tan Sri Khalid Gagap akan dapat tidur lena di malam hari, Lim Guan Eng boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang sungguh berbaur perkauman melainkan mereka berdua ini hanya akan hidup sebagai pemimpin yang berasa cemas, resah dan takut sepanjang masa berhubung dengan keselamatan diri masing-masing kerana sentiasa berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah tidak dapat lagi untuk dikawal.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..PUAK FUCKATAN TAK SUKE ISA SUPAYA DIORANG BLEY MEMBERONTAK, MEMBIARKAN PENJENAYAH BERMAHARAJALELA, ROGOL BERLELUASA, NEGARA DI JAJAH PIHAK LUAR DAN MCM2 LAGI PERKARA LUAR TABII. PENDEK KATA FUCKATAN SUKE BUAT NEGARA KACAU BILAU!!...HARKK PTUIHHH!!

jiwakita berkata...

nie....

nie namanya pembaziran dan salah guna wang rakyat...ribuan ringgit yg
dibelanjakan utk hapus ISA yg baik
bg majoriti rakyat...dan komersial nya
nie lah masanya perabih duit utk
kroni dan pencacai dlm PR...

relevan kah buat billboard "hapus ISA" kat Selangor..yg diketahui
takkan ada hasil..sia-sia jer...

buat yang masuk akallah sikit...

billboard cegah jenayah,cegah rasuah,cegah denggi,cegah zina,
cegah maksiat,cegah judi,cegah
buang bayi kan adalah maknanya>>>

dah habis cegah kat selangor ker???

hilbert berkata...

Salam Jeffry,
salam Jiwakita..,

sayangkan duit dibazir untuk suatu perkara yg tidak berfaedah samasekali buat rakyat..paling merugikan punya sebuah kerajaan seperti di Selangor..

Selangan berkata...

Menggunakan duit RAKYAT untok berpolitik?

Arkib Blog