Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 22, 2011

Celcom wajib mengutamakan kepentingan negara !

Melihat kepada pendekatan yang telah diambil oleh pihak syarikat telekomunikasi negara iaitu Celcom dalam usahanya untuk meningkatkan pendapatan serta meraih keuntungan sehingga menyebabkan mereka dilihat telah terlupa tentang tanggungjawab sebenar serta kewajipan sebagai sebahagian daripada rakyat di negara ini apabila seolah-olah sengaja mengundang persoalan kenapa setelah berjaya muncul menjadi sebuah syarikat telekomunikasi terunggul didalam negara hasil sokongan kuat daripada rakyat Malaysia sendiri tetapi kini nampaknya Celcom seperti sudah mula lupa dan leka dengan kejayaan yang dikecapi.

Kalau anda sudi meluangkan sedikit waktu untuk mendail ke nombor Celcom Careline iaitu 1111 atau ke 1-300-111-000, anda tentu akan terkejut dan tertanya-tanya, apakah anda sedang berada didalam satu wilayah di negara Indonesia kerana bahasa yang telah ditetapkan pada bahagian operator yang menyambut panggilan pertama daripada para pelanggan adalah menggunakan bahasa Indonesia dan bukannya Bahasa Malaysia sebagaimana yang sepatutnya.

Sebagai rakyat Malaysia saya berharap agar pihak yang berwajib seperti pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melihat perkara ini sebagai satu isu yang wajib untuk ditangani dengan segera kerana apa gunanya bagi pihak kerajaan sendiri yang selama ini bermati-matian berjuang mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia selain menyeru semua lapisan masyarakat di negara ini agar sama-sama dengan pihak kerajaan ke arah memartabatkan bahasa kebangsaan sedangkan ada pihak lain lagi yang sanggup memperlekehkannya.

Cegahlah BARAH sebelum merebak menjadi lebih parah lagi !!!

1 ulasan:

tobeng berkata...

Alamak betulke?Saya pun tak perasan walaupun saya pengguna celcom sebab saya tak pernah call lagi talian khidmat pelanggan dia.

Kalau betul memang celcom dah hilang akal dan melampau kurang ajarnya.Seolah2 celcom bukan syarikat Malaysia tapi sykt indon.

Arkib Blog