Secara jujur saya katakan bahawa sehingga kini masih ramai pemimpin-pemimpin bawahan terutamanya rakyat di sesetengah kawasan DUN Sarawak yang benar-benar terkilan apabila calon dihati mereka sebelum hari penamaan calon telah diketepikan pada saat-saat akhir dan ianya terbukti pada 6 April lepas apabila calon yang diharapkan terpilih untuk bertanding tidak tersenarai.
Semalam selepas jam 12 tengah malam telah memperlihatkan semuanya apabila kesemua 44 calon Bebas tiada seorangpun yang mahu menarik diri dari bertanding dan bermakna mereka akan terus kekal untuk menentang calon yang dikemukakan oleh BN dan bukannya untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.
Walauapapun yang mereka rasa namun jauh disudut hati mahu agar rakyat Sarawak yang terlibat dalam soal calon bermasalah di dua tiga kawasan DUN Sarawak kita harap mereka akan buat keputusan untuk masa depan yang lebih terjamin dengan memberi peluang kepada calon-calon yang sudah dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN itu selama satu penggal atau selama 5 tahun berkhidmat kepada rakyat sehinggalah penggal untuknya berakhir pada 2016.
Dari sana barulah rakyat Sarawak boleh menilai sendiri kemampuan seseorang wakil rakyat berkenaan samada mereka boleh memberi khidmat dengan berkesan, baik serta memuaskan ataupun sebalik dalam masa selama 5 tahun beliau sebagai seorang wakil rakyat dan jika dia mampu berkhidmat dengan baik maka menjadi kewajipan rakyat pula untuk mempertahankan beliau agar dicalonkan semula pada penggal yang seterusnya tetapi sekira berlaku sebaliknya rakyat juga berhak untuk membuat keputusan awal dengan memohon pucuk pimpinan BN untuk tidak mencalonkan semula wakil rakyat tersebut dan jika beliau masih dipilih semula untuk menjadi calon maka sudah tentulah rakyat berhak untuk menolak calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional pada ketika itu.
Tetapi pada pilihanraya umum Sarawak yang ke-10 ini iaitu 16 April minggu depan seluruh rakyat haruslah bersatu bagi mempertahankan kerajaan Barisan Nasional supaya semua agenda pembangunan yang sudah lama dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional tidak terbengkalai separuh jalan kerana semua kesengsaraan yang rakyat Sarawak perlu hadapi selepas PRN Sarawak ke-10 adalah berpunca daripada kesilapan hanya dalam satu saat apabila sanggup untuk menggadai nasib masa depan mereka kepada pihak Pakatan Pembangkang yang ternyata sudah gagal mentadbir kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan baik sepertimana janji-janji mereka semasa berkempen.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, April 10, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Sdr Hilbert
Aku amat bangga dengan pedirian mu. Masallah macam ni timbul semenjak mulanya pilihan raya.
Akan tetapi kita tidak seharusnya berpecah belah hingga kita kecundang. Musuh akan kaut kesempatan
Cari lah jalan lain untuk mengatasinya.
Mohamed, salam.
t/kasih bro..
itulah saya rasa setakat ini, benar BN dalam keadaan agak tertekan juga di Sarawak ini tetapi kalu BN berkempen terlalu bergantung kepada rentak atau corak kempen pembangkang maka BN terpaksa berdepan dengan banyak kesulitan tetapi kalu BN buat cara BN bersiap sedia sepanjang masa jangan lalai..saya pasti BN akan mampu dan terus boleh.
Catat Ulasan