Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, April 10, 2011
Bina pejabat SPRM bawah tanah, utk elak kes "biar pecah diperut jangan pecah dimulut" dari berulang !
Saya rasa sudah sampai masanya untuk kerajaan Malaysia berbuat sesuatu untuk menyelamatkan imej SPRM yang kini semakin tercalar akibat tindakan nekad beberapa suspek kes rasuah yang sanggup untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan yang menempat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya kerana untuk mengelak rahsia rakan lain yang lebih besar akan turut terbongkar.
Kita lihat saja kes terbaru yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Allahyarham Ahmad Sarbani. Kejadian seumpama ini adalah yang kedua kalinya berlaku di negeri Selangor selepas kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock yang juga mayatnya dijumpai mati akibat terjun dari tingkat atas bangunan. Begitu juga di Sarawak pernah satu ketika kejadian serupa berlaku semua membabitkan kakitangan kerajaan.
Apabila kejadian begini berlaku sudah tentu yang pertama sekali mendapat untung adalah Pakatan Pembangkang kerana kerana bagi mereka secara tidak langsung pihak pembangkang sudah mendapat kredit dengan percuma dan itu akan dijadikan sebagai satu modal untuk menghentam kerajaan serta agensi-agensi yang berada dibawahnya. Segala fitnah terhadap kerajaan akan dijalankan sebaik mungkin oleh pembangkang manakala bagi rakyat yang mudah tertipu pasti akan cepat percaya dengan segala bentuk pembohongan pihak pembangkang.
Untuk mengelak kejadian yang sukar diramalkan seperti itu dari terus berlaku atau berulang kembali, maka saya syorkan kepada pihak kerajaan terutamanya serta pihak SPRM sendiri untuk membina semua ibu pejabat baik peringkat pusat, negeri-negeri atau cawangan-cawangannya atau juga secara keseluruhannya bangunan SPRM dalam tanah ataupun di bawah tanah.
Ini sangat perlu difikir secara mendalam kerana kejadian yang telah berlaku sebelum ini semuanya melibatkan kerugian sangat besar bukan saja kepada ahli keluarga mereka yang terlibat malahan kepada pihak SPRM itu sendiri apabila pihak mereka sudah kehilangan satu saksi penting untuk dibawa ke mahkamah selain turut memburuk imej SPRM di mata masyarakat.
Saya berpendapat jika kerajaan mahu memindah pejabat-pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang kini semuanya ditempatkan dalam blok-blok bangunan yang bertingkat-tingkat dan selepas sekiranya semua pejabat SPRM seluruh negara dibenarkan untuk beroperasi dibawah dalam bangunan yang baru dibawah tanah maka saya fikir bagi mereka yang telah didapati terlibat dengan kes rasuah oleh pihak SPRM serta diklasifikasikan sebagai suspek jadi sudah tentulah amat payah bagi mereka yang terlibat untuk membawa semua "rahsia kesalahan rasuah pecah diperut" bersama dengan jasad yang sudah terbujur kaku.
Apabila cadangan seumpama ini suatu hari nanti akan menjadi kenyataan maka saya juga melihat tidak ada jalan lain lagi untuk setiap individu yang telah dipanggil ke pejabat SPRM bagi diambil keterangan untuk bertindak diluar dugaan seperti terjun atau melompat dari tingkat atas sebab kalau hendak berbuat demikian juga mereka ini hendak terjun macamana...mana pernah orang terjun dari bawah pergi ke atas. Kan?
Label:
sprm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
5 ulasan:
SLM 1 MESIA BRO..NMPKNYA KERAJAAN KENA BUAT BANGUNAN YANG MESRA ALAM DAN MESRA SAKSI. PERBANYAKKAN STICKER2 DI SEKITAR PEJABAT SPRM SEPERTI "DI LARANG TERJUN BANGUNAN" ATAU "INGAT ANAK ISTERI SEBELUM ANDA BUNUH DIRI" >:]
sprm dah aneh sangat di mata rakyat sekarang ni...
saya sarankan tingkap ditutup dan org kena tuduh di gari di meja supaya tidak terjun suka-suka..
Teruk imej kerajaan kalau kes ala Teoh Beng Hock berulang..
Salam bro Jeff,
iyap betul bro, buat yang tak mencemar nama baik SPRM.
Tapi kalu takat sticker nanti rissu pula kena pada yang kepala batu yg tak reti undang2 serta peraturan..lagi teruk kalu yg takde disiplin..
Double Y,
Salam bro slmt datang ke Bumi Kenyalang..
Bagus juga..buat satu bangunan yang tiada satupun lubang..biar suspek nak terjun macamana gerenti tak dapat punya
apa nak buat baget tak ada.. cadangan lepas kematian teo beng hock byk kedengaran.. lepas tu senyap sebab baget tak ada.. baget dah pergi ke Sekolah cina/tamil.. undi belum tentun BN dapat tapi Imej Kerajaan da punah...sepatutnya nya angensi penguatkuasa hendak di upgredkan.. beri kelengkapan baget yg cukup...lepas ni Polis kena pulak.. sebab tunggu org terjun aja...abis BN PRU 13 ni.. org da tak yakin...PM walkabout yg datang tu semua import pun...minum p[un kena belakun..utuk ramaikan..Undi belum tentu...BN masih tak sedar...
hehe
kalau buat bawah tanah, nt tanah runtuh pun mati jugak org.. hehe
sebenarnya tiada apa2 masalah pun, masalahnya cuma ada 'dalang-dalang' dan 'tangan ajaib' yang cuba untuk menghalang SPRM menjalankan tugasnya, sebabnya 'dalang' ini yang banyak buat rasuah!
Catat Ulasan