Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 26, 2011

Baruk Bian mahu lakukan pembedahan ke atas Dr Teo di Senadin !

Ketua Menteri Sarawak YTK Baruk Bian yang juga Ketua Perhubungan PKR Sarawak berkata pihak mereka akan mengemukakan beberapa petisyen pilihanraya berhubung dengan kekalahan 46 calon Parti Keadilan Rakyat iaitu suatu kekaahan yang paling memalukan bagi pihaknya dimana daripada 49 calon yang bertanding hanya 3 orang calon saja yang menang termasuk beliau sendiri yang menang di N70 Ba'Kelalan dengan kelebihan undi majoriti sebanyak 473 apabila mendapat 2,506 undi menewaskan Willie Liau daripada BN yang memperolehi 2,032 undi.

Banyaklah songeh pihak PKR ini bila mereka yang kalah, macam-macamlah yang mereka tuduh. Mereka buat tuduhan demi tuduhan kononnya SPR tak telus, BN turut menipu dan macam-macam lagilah. Kononnya telah berlaku penipuan ketika proses perjumlahan undi sedang dijalankan walhal semua wakil parti masing-masing juga turut dibenarkan untuk bersama memerhati dengan dekat pekerja-pekerja SPR yang sedang mengira kertas undi bagi mengelak timbulnya sebarang syak wasangka yang bukan-bukan daripada pihak tertentu terhadap SPR selepas itu, jadi mana tempat lagi boleh terjadinya penipuan tu.

Seperkara lagi, Anwar Ibrahim juga turut mendakwa bahawa waktu berkempen yang terlalu singkat iaitu hanya 10 hari adalah antara punca yang menyebabkan PKR kalah teruk dalam pilihanraya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April lalu tetapi tidak terpikirkah Anwar Ibrahim, Baruk Bian, Azmin Ali, Nurul Izzah, Wan Azizah dan yang lain-lain lagi dalam PKR yang mereka sebenarnya tidak pernah mengenal erti samada waktu itu ada pilihanraya ke tak meraka akan tetap berkempen sepanjang masa tak kira siang atau malam, hujan atau panas, jadi apa lagi alasan yang mereka kata masa terlalu singkat sebab itu PKR kalah. Mana ada singkatnya.

Jadi sekarang sudah mulai timbul ura-ura bahawa Baruk Bian yang masih tak berpuas hati dengan kekalahan yang dihadapi oleh ramai calon mereka akan memulakan siri pembedahan terhadap beberapa kawasan DUN yang mana calon PKR diyakini mempunyai potensi boleh menang tapi telah kalah kepada calon BN dan menurut Baruk Bian kawasan DUN N65 Senadin mungkin yang pertama akan menjalani pembedahan memandangkan perbezaan undi yang menyebabkan calon PKR iaitu Dr Micheal Teo kalah kepada YB Datuk Lee Kim Shin hanya dengan 58 undi iaitu majoriti yang diperolehi oleh Barisan Nasional.

Tetapi kalau benarlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak berlaku adil kepada semua maka buatlah kaji selidik untuk semua, buat kajian kenapa dan apa sebab SUPP banyak kalah di kawasan bandar, siasat juga kenapa DAP kalah di N27 Simanggang dan di N47 Bawang Assan, dan juga mesti siasat kenapa SNAP kalah semua di 26 kerusi yang ditandingi begitu juga dengan PCM di N43 Ngemah kenapa Gabriel Adit gagal bertahan disitu dan siasat juga bagaimana calon Bebas hanya menang seorang di N54 Pelagus sedangkan mereka kesemuanya adalah 44 orang yang bertanding.

Kepada PKR tu..kalau dah kalah buatlah cara kalah. Ingatlah bahawa biarpun hanya dengan satu undi mana-mana parti yang menang ianya tetap sangat bernilai apatah lagi 58 undi. Hormatilah pilihan rakyat. Sudah kuasa diturunkan kepada rakyat untuk memilih maka adalah sangat wajar untuk PKR terima sajalah hakikat bahawa mereka telahpun kalah dan tidak diterima oleh majoriti rakyat di negeri Sarawak. Kepada yang menang sekarang bukan lagi masanya untuk tuduh itu tuduh ini tetapi kini adalah masa untuk berkhidmat kepada rakyat, tunjukkanlah kepada rakyat kemampuan masing-masing dalam membela nasib masyarakat dikawasan yang diwakili.

5 ulasan:

Cicit Maharajalela berkata...

Bro,

Kerana kemaruk kuasa,PKR semakin berkecamuk perjuangan mereka. Kalau sesuatu perkara tu menguntungkn mereka, mereka akan laungkan ini adalah kehendak rakyat, tapi kalau yang tidak menyebelahi mereka, mereka akan kata itu konspirasi. Perjuangan mereka dh sampai ke penghujung.

Sekarang musuh utama rakyat Malaysia adala DAP. Mereka nilah yg merencanakan segala strategi licik untuk merampas Malaysia tidak kira apa jua cara.

gerakanantidap.blogspot.com

Jeffry berkata...

SLM BRO..BIASAK LA BROO. TU LE PERANGAI ORG KALAH. PD HAL SPR DAH KASI WARNING TAK BLEY BERKEMPEN SEBELUM MASA YANG DI TETAPKAN. TAPI ADE PUAK FUCKATAN KESAH?..HARKKK PTUIHHH KEHKEHKEHKEH

mohdhafifi berkata...

sentiasa tidak mahu kalah

usin berkata...

aku cadang mulakan dengan bedah perut sendiri. baru dpt tau kenapa selama ini buta perut. sengal betul..

hilbert berkata...

CM,
tu lah..bila kalah mereka pasti tak puas hati..samalah seperti sesetengah pihak dalam BN juga..tapi pihak BN dapat terima hakikat kalau pihaknya kalah namun berlainan pulak dengan puak Pakatan, kalau menang mereka bersorak tetapi kalau kalah mereka memberontak.

Slm Jeffry,
Anwar kata yang tu lah..masa tersingkat tapi dia tak sedar yang puak mereka tu boleh dikatakan 24 jam asyik berkempen dan dimana jua termasuklah dalam reban ayam hehe

MohdHafifi,
kalau Pakatan sentiasa mahu menang mereka harus menang dihati rakyat, jangan berbohong, jangan buat fitnah, jangan menipu rakyat mungkin mereka akan dipilih..agaknyalah..

Usin, salam bro..
betullah tu..buang dulu duri dalam daging mereka sendiri dulu barulah siasat benda yang tak kena pada kekawan lain yg kalah..

Arkib Blog