Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 04, 2011

Pemimpin PKR & DAP Sarawak berebut nak berdebat dgn PS Taib !

Jika sebelum ini, Pengerusi PKR Sarawak yang dilantik oleh Anwar Ibrahim iaitu saudara Baruk Bian telah berdiri mencabar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR. Dakwa beliau, keluasan NCR di Sarawak adalah 4.5 juta hektar sedangkan kerajaan Sarawak telah mewartakan hanya 1.5 juta hektar. Maknanya Baruk Bian beranggapan yang kerajaan pimpinan Abdul Taib masih menyembunyikan fakta 3 juta hektar lagi tanah NCR daripada pengetahuan umum.

Baruk Bian yang kononnya mahu memperjuangkan hak-hak kaum Bumiputera terutama yang melibatkan isu tanah telah mencadangkan agar debat terbuka itu nanti hendaklah diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) iaitu salah satu dimana tempat lambang kemajuan yang telah dicapai oleh negeri Sarawak sejak bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu serta Sabah membentuk negara Malaysia dan juga semenjak Sarawak ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional.

Belum lagi tersambut cabaran yang dibuat oleh Baruk Bian terhadap Ketua Menteri, dua hari berikutnya seorang lagi pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang iaitu Anggota Parlimen Bandar Kuching YB Chong Chieng Jen juga telah turut mencabar Pehin Sri Taib untuk mengadakan debat dengan beliau berkaitan dengan isu yang sama iaitu masalah tanah NCR.

Persoalannya ialah, adakah segala masalah akan dapat diatasi hanya dengan berdebat ? Begitukah caranya Pakatan Pembangkang untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat ? ...dengan mengadakan program debat selama satu dua jam apakah semua masalah yang telah bertahun-tahun membelenggu rakyat akan mudah ditangani dengan mudah dalam waktu yang sesingkat itu ?

2 ulasan:

Jeffry berkata...

ALAHAIII..KNP X AJAK BERDEBAT DGN SI PELIWAT TU BAGAIMANA CARA NAK MELEPASKAN DIRI YANG TAK LEPAS LAGI. FUCKATAN DAH BYK DI LANDA MASALAH DALAMAN YG TAK SELESAI JUGAK. BAIK DIORANG JAGA KAIN SENDIRI YG DAH KOYAK RABAK TUHH KEHKEHKEH

hilbert berkata...

Itulah bro,
tak de lain yg pakatan pembangkang boleh buktikan kpd rakyat selain kesungguhan untuk berdebat. Seperti sudah menjadi satu penyakit berjangkit bagi mereka.

Arkib Blog