Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mac 08, 2011

Liwat II: 3 bukti ditolak mahkamah kerana diperolehi secara tidak sah???

Dengan budi bicara yang ada padanya, Hakim mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mad Diah yang mengendalikan kes liwat II Anwar Ibrahim dituduh meliwat pembancuh kopinya saudara Mohd Saiful Bukhary Azlan hari ini ketika membuat keputusan mengenai 'perbicaraan dalam perbicaraan' untuk kes berkenaan telah menolak semua 3 bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan iaitu berupa sehelai tuala good morning, sebatang berus gigi dan juga sebotol bekas minuman air mineral.

Alasan penolakan yang dibuat oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin itu jika menurut beliau adalah kerana cara pihak pendakwaan termasuklah pihak polis ketika mendapatkan ketiga-tiga bahan bukti tersebut daripada tertuduh sebagai salah dan tidak sah.

Bukan bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah tetapi memandangkan alasan yang diberikan itu seakan-akan tidak mengiktiraf peranan polis dalam membantu mendapatkan sesuatu bahan bukti itu demi untuk menyegerakan kes-kes yang sudah terlalu lama tertangguh di mahkamah maka saya rasa adalah elok juga untuk menyuarakan pandangan mengenainya.

Saya berpendapat sekiranyalah alasan "bukti diperolehi secara salah dan tidak sah" selepas ini akan mula menjadi ikutan kepada pihak-pihak yang telah terlibat dengan sebarang kes yang dibawakan ke mahkamah, jadi apakah perlu bagi pihak kerajaan selepas ini untuk menggubal satu lagi undang-undang baru mengenai peraturan cara bagaimana seseorang penyiasat itu terutama sekali pihak polis boleh mendapatkan bahan-bahan bukti daripada pesalah, adakah pihak polis perlu mengisi borang khas atau menandatangani surat bersumpah seperti surat akujanji sebelum di benarkan mendapatkan sebarang bahan bukti daripada mereka yang kena tuduh???

Dan bagaimana pula dengan mereka yang beribu-ribu sebelum ini yang telah dibicarakan di mahkamah, tidakkah ini nanti akan membuka jalan kepada mereka yang sebelum telah disabitkan dengan tuduhan jenayah yang dilakukan untuk memohon dibuka semula fail perbicaraan serta meminta untuk dibicarakan kembali dengan berbekalkan semua bahan bukti yang digunakan semasa perbicaraan pada masa itu, maka seandainya ini berlaku dan ditimbulkan pula tentang bagaimana cara sesuatu bahan bukti itu diperolehi, tidakkah kita terpikir bahawa mereka yang telah dijatuhkan hukum sebelumnya akan mengambil tindakan undang-undang kerana turut mendakwa bahan bukti yang telah diambil daripadanya dibuat secara salah dan tidak sah.

Tidakkah nanti isu "bahan bukti diperolehi secara tidak sah" ini akan meletakkan semula sistem perundangan di negara kita ini berada didalam keadaan atau suasana ketidakyakinan rakyat serta juga masyarakat luar terhadap nilai-nilai keadilan yang diamalkan sebelum ini ?

7 ulasan:

Abe berkata...

bukti diambil tak sah,tapi ujian DNA adalah sah dengan bukti...sepatutnya pembangkang dah bukak mata walaupun kes tak selesai lagi

negarakumalaysia berkata...

Bodoh dan bengangnya penyokong dan pencacai najis pemimpin UMNO ni. Kalau tidak sah maknanya semua kes tu tipu belaka. DNA itu pun diperoleh secara tipu. DNA DSAI tahun1998 masih boleh pakai. Ala jangan berpura-pura bodohlah.. Bukan penyokong pembangkang sahaja yang bengang dengan kes liwat ini, saya ahli UMNO pun bengang juga. De,mi Allah saya ahli UMNO yg tdk menyokong BN secara membuta tuli. PRU ke-12 lalu, undi kami berikan kepada PAkatan kerana kesombongamn dan kebodohan pemimpin BN untuk menyelami kesulitan rakyat. Pada Kami Kes liwat DSAI itu rekaan semata-mata. Kenapa tak dibicarakan di mahkamah syariah? Bahaya sangat kes liwat DSAI itu sehingga seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menghalalkan pendakwaan itu?

hangkedee berkata...

mahkamah syariah 4 saksi mana nak cari 4 saksi .kalu ada 4 saksi pakai kes rogol berlambak lambak tak selesai.Ada kah mereka nak merogol pergi panggil 4 saksi suruh tenguk ada akai ke? mesti lah buat secara rahsia atau curi curi bikin.Apa bila kamu nak UUUUUhhh dengan bini kamu nak suruh orang tenguk ada Otak ke?podah chit.bagus sokong PR semoga di pluralisim semua oleh Al juburi.

Abe berkata...

kalau guna DNA DSAI 1998 nanti pihak Peguam DSAI akan cuba megetepikan DNA tu jugak nanti atas alasan DNA tu dah terjejas...dan ia melibatkan kes yang lain..saya bukan penyokong umno atau bn akan tetapi saya pemerhati politik...

hilbert berkata...

Selepas ini semua penjenayah tak perlu takut lagi sebab walau sebanyak manapun bukti yang menunjukkan mereka memang bersalah akan tetapi kalau tanpa keizinan si penjenayah, sudah pasti pihak polis tidak dibenarkan menyentuh walau seinci bahan-bahan bukti depan mata..

Apa akan jadi pada sistem perundangan negara kita selepas ini..kalau beginilah cara mereka yang arif tentang undang2 dlm menangani masalah jenayah di Malaysia..

Kutip berkata...

Bukan ke 4 saksi tu perlu untuk membolehkan pihak ketiga mendakwa pihak yg terbabit (yang melakukan zina/liwat)? Yang membawa maksud pihak yang mendakwa itu tidak terlibat dlm kejadian tu, cuma saksi saja. Macam tok kadi la yg serbu hotel utk tangkap org zina, kena bawak 4 saksi.

Jadi dalam kes ni dah kira lain sebab yang mendakwa tu mangsa yg diliwat. Perlukah dia mancari 4 saksi? Dia sendiri yg menjadi mangsa. Bila masa nak cari saksi kalau dah jadi mangsa. Orang yang berniat jahat takkan melakukannya terang-terangan.

Tgh fikir ni....

alehkayong™ berkata...

kenapa tak bagi je dna ?

aku pun tengah pikek ni..

Arkib Blog