Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 26, 2011

DUN Sarawak hanya ada 71 bukan 116 tetapi Pakatan dah sedia 116 calon !

Kata dulu Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS bersama dengan SNAP telah bersetuju atau dalam ertikata lainnya telah bersepakat hendak meletakkan hanya seorang calon masing-masing daripada setiap parti mereka untuk menentang calon daripada Barisan Nasional pada PRN Sarawak ke-10 ini dan mereka mereka juga telah bersetuju untuk tidak bertembung sesama mereka ketika berdepan dengan calon BN dikesemua 71 kawasan DUN Sarawak.

Tetapi apa sudah jadi apabila PKR yang memang terkenal dengan sikap tamak halobanya telah mengumumkan untuk meletak seramai 50 orang calon, SNAP akan menurun 42 calon, DAP sudah tegas dengan jumlah 18 calon manakala PAS pula mensasarkan 6 kerusi DUN untuk direbut daripada Barisan Nasional ? Bukankah jumlah kesemuanya sudah menjadi 116 kerusi walahal DUN Sarawak setakat ini masih lagi mempunyai 71 kawasan DUN yang hendak dipertandingkan.

Itulah, kalau dah memang namanya Pakatan Haram maka memang haramlah juga bagi mereka mengatahui yang DUN Sarawak jumlahnya tidaklah berjumlah sebegitu banyak tetapi oleh kerana nama saja bersepakat namun hakikatnya ialah mereka sebenarnya mempunyai tujuan dan niat masing-masing untuk menjahanamkan rakyat di Bumi Kenyalang itu maka itulah sehinggakan 50+42+18+6 mereka tidak tahu jawapannya.

Tiada ulasan:

Arkib Blog