Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 25, 2011

30,000 bukan nashkah Injil tetapi hanya buku biasa - Datuk Joseph Sallang

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Joseph Sallang pada Rabu lepas telah mengingatkan pihak pembangkang khususnya di Sarawak agar tidak lagi membangkitkan isu "30,000 Kitab Injil" yang kononnya telah ditahan oleh pihak berkuasa Sarawak di pelabuhan Kuching awal tahun ini.

Menurut Datuk Joseph lagi, apa yang didakwa sebagai Kitab Injil atau Al Kitab itu hanyalah berupa buku-buku doa biasa yang mudah untuk dicetak pada bila-bila masa saja. Justeru itu Datuk Joseph menyeru rakyat Sarawak terutamanya yang beragama Kristian agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang pastinya akan dibawa oleh para pemimpin Pakatan Haram pada pilihanraya negeri Sarawak untuk dijadikan sebagai model kempen mereka.

Bagi saya, jika Alkitab atau Injil sekalipun yang ditahan oleh pihak berkuasa jadi apa salahnya, sebab isunya cuma ditahan dan bukannya 'dibakar'pun sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Gereja tertentu di Florida Amerika Syarikat baru-baru ini yang menyaksikan bagaimana kebiadaban seorang Paderi telah merendam kitab Suci Al Quran ke dalam minyak tanah untuk selama beberapa jam yang kemudiannya bertindak membakar kitab tersebut.

Orang Kristian di Sarawak biarlah berpikiran bebas, tidak mudah diracuni dengan sebarang fitnah dan sebaik-baik janganlah membiarkan diri mudah untuk digunakan oleh pihak pembangkang bagi memenuhi hawa nafsu mereka yang ternyata semakin hari semakin gila untuk berkuasa di Bumi Kenyalang ini. Janganlah terlalu mudah sensitif dengan khabar angin yang sering dibawa oleh DAP, PKR dan PAS terutamanya dengan menjelang pilihanraya negeri ini.

3 ulasan:

siut21 berkata...

ada banyak golongan yang bergiat aktif menyebarkan apa jua agama atas muka bumi ini dan mereka ini mempunyai berbagai sebab untuk melaksanakannya.

ada agama yang disebarkan oleh ahli agama. ada yang disebarkan oleh pedagang. ada yang disebarkan oleh ahli politik dan ada yang disebarkan oleh para penakluk.

agama adalah anutan suci makanya puak yang menyampaikan mesej suci (agama) harus dari kalangan mereka yang mempunyai tujuan yang suci. bayangkan kalau penakluk fizikal dan ekonomi menyebarkan agama apakah ianya ikhlas atau ada udang di sebalik batu?

justeru kalau ada udang di sebalik batu sudah tentu matlamatnya bukan mahukan agama itu dianuti kerana kebenarannya sebaliknya untuk dijadikan alat menjustifikasikan sasaran peribadi sang penakluk.

dan dek kerana matlamat peribadi mengatasi matlamat penyampaian agama makanya tidak hairanlah makalah-makalah agama di pinda-pinda dan meskipun si peminda berasakan versi pindaan adalah lebih tepat walhal tanpa disedari pindaan demi pindaan yang dilakukan menjurus kepada pembohongan dan kesesatan.

Jeffry berkata...

SLM 1 MESIA BRO..BANYAK SEKALI PIHAK2 YANG CUBA MEROBEK2 KEHARMONIAN SESUATU KAUM DI NEGARA NI. MEREKA2 YANG TAK TAU HUJUNG PANGKAL JALAN CERITA MUDAH TERPEDAYA DENGAN TIPU MUSLIHAT PUAK MUSUH.

MEREKA NAK TENGOK SESAMA BANGSA BERCAKARAN. BERMUSUHAN. JADI MUDAH BAGI MEREKA MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI DURI DAN DALAM MASA YG SAMA ‘MENGABUI’ KEPERCAYAAN RAKYAT

KALAU PUN MEREKA NAK MENEGAKKAN KEBENARAN MENGAPA PULA HARUS TERUS MENGHINA DAN MENCERCA SUKU KAUM DI SINI? TIDAK KAH TINDAKAN ITU KETERLALUAN?

RAKYAT KENYALANG TELAH DI MALUKAN SEBEGITU RUPA. MASIH KAH WARGA KENYALANG BERTERUSAN MENERIMA PENGHINAAN DEMI UNTUK MERAIH KEPERCAYAAN RAKYAT UNTUK MEREKA?

hilbert berkata...

Salam,

Siut21, memangpun isu yang tak sudah2 membebankan kerajaan dan negara kita selama ini ada pemain disebalik semuanya..mereka mengharapkan akan terjadi sesuatu sepertimana yang mereka ingin terhadap Malaysia.

Salam 1Malaysia Jeffry,
itulah yang sedihnya bila golongan yang kurang bermaklumat mudah mempercayai apa saja cerita yang dibawa oleh pembangkang walaupun pada akhirnya rakyat sendiri juga yang menjadi mangsa

Arkib Blog