Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mac 03, 2011

Amerika Syarikat, negara pengganas mahu serang Lybia pula..


Tidak serik-serik dengan kesilapan yang pernah dilakukan ke atas beberapa negara Teluk sebelum ini, negara pengganas nombor satu di dunia Amerika Syarikat sekali lagi keluar dengan belang baru mereka untuk menyerang negara di utara benua Afrika iaitu Lybia. Hanya berpandukan kepada laporan yang dibuat oleh media barat belaan Amerika Syarikat, masyarakat dunia sudah percaya apa yang telah berlaku di Lybia adalah benar sebagaimana yang digambarkan oleh media negara pengganas Amerika itu.

Masyarakat dunia seakan-akan telah tidak berlaku adil sebenarnya terhadap Muammar Ghadaffi apabila tidak mahu mendengar sendiri daripada pemimpin Lybia itu berkenaan dengan situasi sebenar apa yang sedang berlaku di negara tersebut tetapi lebih suka untuk menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh pihak media asing serta dakwaan oleh pihak pembangkang di negara berkenaan yang sememangnya sifat mereka tidak pernah ambil peduli mengenai soal ketenteraman, keamanan, keselamatan rakyat serta kedaulatan negara.

Masyarakat dunia kini juga perlu sedar betapa kita semua telah ditipu hidup-hidup oleh pihak Amerika Syarikat ketika mereka menyerang Iraq dulu dimana sebelumnya pihak negara pengganas Amerika bersama pihak media mereka telah membesar-besarkan isu 'senjata pemusnah' yang kononnya Iraq ada menyembunyikannya namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah propaganda pihat barat bagi membolehkan mereka menyerang serta menghancurkan negara Iraq serta menguasai minyak di negara berkenaan.

Amerika Syarikat yang sebelumnya telah menempatkan beberapa wartawan haram mereka di Tripoli serta beberapa wilayah di negara berkenaan yang telah sedia bergolak juga akibat dari hasutan oleh pihak Amerika Syarikat sendiri, dan tujuan wartawan mereka diletakkan di Lybia adalah untuk menghantar maklumat salah iaitu harus melapor kejadian yang tidak benar mengenai apa yang sebenar berlaku di Lybia bagi mengaburi mata masyarakat dunia terutamanya para pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Inilah cubaan seterusnya apabila Amerika Syarikat telah menghantar kapal induk pengangkut pesawat USS Enterprise yang kini telah belayar melalui Terusan Suez, tujuannya cuma satu adalah untuk memusnahkan negara yang kaya dengan hasil minyak itu sepertimana mereka telah lakukan ke atas negara Iraq yang telah musnah. Iraq telah hancur, Saddam Hussein juga telah dibunuh oleh George Bush, tetapi sehingga kini satu senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh pengganas Bush telah disembunyikan oleh Saddam Hussein belum lagi ditemu dan tidak dapat dibuktikan.

Walauapapun penduduk dunia tidak lagi harus untuk membiarkan pengganas Amerika Syarikat bermaharajalela menceroboh negara lain sesuka hati mereka. Adalah tidak salah untuk masyarakat dunia yang cintakan keamanan berdiri sekejap dibelakang Presiden Lybia Muammar Ghadaffi bagi memberikan sokongan kepada beliau walaupun mungkin memang ada berlakunya ketidakadilan sepanjang beliau memerintah negara berkenaan termasuklah tidak membenarkan sistem demokrasi bertapak di negara berkenaan.

5 ulasan:

Wanredone berkata...

Syabas.. posting yang baik! as dendamkan muamar gadafi kerana dia anti israil, anak emas as. serupa juga dgn kes saddam.

politik amerika ialah politik 'kembang semangkuk"...
nak tahu..? "kembang semangkuk" ini kecil aje buahnya, sebesar ibu jari kaki, tapi kalau direndam akan mengembang dan dapat memenuhi mangkuk!

Jeffry berkata...

GERAKAN ILLUMINATI DAH MULA BERTINDAK BROO. DIORANG RISAU ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG DAN EMAS JUGA JADI REBUTAN. DIORANG LEBIH SUKA BERPERANG DARI BERDIPLOMASI. MALANGNYA KLU MEREKA MEMILIH UTK BERPERANG, SEGALA PELURU2 YG TAK BERMATA AKAN CARI KORBAN TANPA MEMILIH AGAMA ATAU WARNA KULIT. ASALKAN MEREKA BERKUASA DI DUNIA NI..ADOIYAIII

hangkedee berkata...

Ini saat yang di tunggu tunggu.Begitu licik perancagan mereka untuk menjahanamkan masyarakat Islam di dunia ini.Rapi tersusun halus tidak dapat di kesan oleh pemikir yang sempit seperti juak juak Pas+Pkr di Malaysia tak mungkin apa yang mereka rancang Orang melayu Islam di jajah kembali melalui rancangan licik KAFIR HARBI.Hanya masa yang akan menentukan cepat atau lambat.Bibit bibit kedatangan mereka telah meresapi didalam pemikiran generasi penentang yang masih belia terpelajar tapi dangkal selok belok anasir anasir jahat .

hilbert berkata...

Wanredone: t/kasih bro,
kembang semangkuk ? ye tau, sejenis pokok hutan atau nama saintifiknya 'Scaphium spp'.. lebih parah lagi dari tu adalah Amerika..mcm kuman.

Jeffry: apa lagi setelah adik ipar pengganas no.2 dunia Tony Blair telah beriman kpd Islam, bertambah luka lagi hati Amerika..

Hangkedee: Malangnya masyarakay di dunia Arab tidak pernah mahu bersatu..mereka lebih suka buat hal masing2.. ini memudahkan bagi pihak musuh untuk masuk buat hal.

Wanredone berkata...

Thanks bro Hilbert, rupanya cantik nama saintifik "kembang semangkuk" tu! wanredone akan ingat itu! Betul kata bro, amerika mcm kuman, tapi percayalah Allah yang maha kuasa. suatu hari nanti kuman itu sendiri akan memamah daging tuannya!

jeffry: memang betul bro .. mereka semuanya islam-phobiac. org islam harus bersatu, berpecah kita parah.walaupun peluru tidak bermata, tapi sebagai manusia kita ada mata ... kita lihat sendiri bagaimana wtc, pentagon hatta negara amerika itself, yang dipercayai begitu kebal dari serangan luar, pun tersungkur dengan izin Allah yang maha kuasa.

hangkedee: tepat sekali, org berfikiran sempit seperti PAS + PKR tidak akan mengesannya. merekalah sebenarnya akan menjahanamkan agama dan bangsa sendiri.

Arkib Blog