Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 05, 2011

Ketua AMK Sarawak turut dijangkiti penyakit Anwar, gila debat!

Ahmad Nazib Johari, satu nama yang agak baru dalam percaturan politik tanahair khususnya di Malaysia namun di Sarawak nama Ahmad Nazib Johari sudah dikenali oleh sesetengah diantara rakyat Bumi Kenyalang ini dan tidak kurang juga sesetengah daripada rakyat di negeri ini yang langsung tidak mengenali Ahmad Nazib. Tak pe, saya akan bantu promosikan beliau dan saya harap selepas ini beliau akan keluar PKR dan sokong BN pulak :-)

Beliau adalah Ketua Pemuda Parti KeADILan Rakyat(AMK) Sarawak iaitu pengikut Anwar Ibrahim, pendokong dasar perjuangan Pakatan Pembangkang atau lebih tepat lagi adalah penentang kepada dasar politik pembangunan BN Sarawak yang dibawa oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Perkataan yang lebih sesuai bagi saudara Ahmad Nazib Johari ialah beliau adalah penentang kepada dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun pada peringkat negeri.

Baru-baru ini saudara Ahmad Nazib telah mengajak Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Dr Hj Fadillah Yusof untuk berdebat dengan beliau. Menurut Ahmad Nazib, beliau sebenarnya telah lama mengidam untuk mengadakan debat dengan Datuk Fadillah namun katanya lagi beliau hampa kerana tiada sebarang respon daripada Timbalan Menteri berkenaan.

Tambah Ahmad Nazib lagi, keengganan Datuk Dr Fadillah untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh beliau itu mungkin kerana Ketua Pemuda PBB itu takut atau tidak berani untuk berdepan dengannya. Walaubagaimanapun menurut Ahmad Nazib, beliau sentiasa bersedia bila-bila masa untuk berdebat dengan Datuk Dr Fadillah dan sangat berharap agar satu hari nanti Dtuk Dr Fadillah akan menerima jemputan debat daripada beliau.

Menurut Ahmad Nazib lagi, tujuan sebenar beliau mahu berdebat dengan Datuk Dr Fadillah adalah untuk membahaskan tentang isu halatuju para pemuda di Sarawak, ke arah mana mereka hendak dibawa...Barisan Nasional nak bawa ke mana, Pakatan Haram pula nak bawa pemuda dan anak-anak muda ke arah mana, keluar negara atau ke pulau-pulau...he he he..

Kepada Ahmad Nazib saya ingin berpendapat, tak payahlah berdebat..., buang masa saja..tiada perkara atau masalah yang membelenggu mana-mana rakyat akan mampu diselesaikan dengan hanya kebijaksanaan berdebat. Tentang anak-anak muda atau pemuda Sarawak tu, saudara tak payah risaulah...Barisan Nasional tak akan bawa mereka ke Hong Kong, ke Thailand atau ke Singapura.

Di Sarawak pula kerajaan Barisan Nasional telah lama menyediakan asas-asas yang penting menjadikan tenaga muda Bumi Kenyalang sebagai fokus utama dan lengkap dengan segala peluang pekerjaan cuma tinggal pada rakyat atau pemuda saja untuk membuat keputusan samada mahu segera merebut peluang yang terbentang dihadapan mata ataupun sebaliknya.

Kalau setakat PKR tu yang sering bawa pemuda keluar negara, bawa ke Singapura, bawa ke Thailand dan bawa ke Hong Kong dan disediakan pulak dengan 'bilik misteri he he' atau 'connecting room' dah kira biasalah tetapi bagi Barisan Nasional tak pernahpun buat drama macam tu...kalau ada pun pemuda yang keluar negara adalah mereka yang mewakili negara dalam bidang sukan untuk mengharumkan nama negara dan bukannya untuk menghina atau memburuk-burukkan nama baik Malaysia di negara lain seperti yang biasa Anwar Ibrahim lakukan.

Kepada semua ahli-ahli PKR Sarawak, kalau di Semenanjung sana sudah begitu ramai ahli-ahli mereka yang telah keluar daripada parti termasuklah para pemimpin serta pengasas asal PKR tetapi kenapa pula kita di Bumi Kenyalang ini yang masih begitu bersungguh-sungguh mempertahankan parti yang tidak tahu hujung pangkal perjuangannya malah perjuangan PKR yang kini sudah kelihatan semakin lemah dan longlai sama seperti perjuangan Parti Maju Sarawak(PERMAS) seketika dulu yang kini batu nisannya pun entah dimana letaknya.

3 ulasan:

Pemikir berkata...

Sayangnya saya ni penjawat awam. kalau tak nak juga saya sahut cabaran dia ni.

Agent X berkata...

Dia ingat dia siapa? besar sgt ke? Sudahlah...jangan layan budak hingusan yg baru kenal dunia tu. Baru sekali jadi imam di surau kpgnya habis seluruh kuching dijajanya.

hilbert berkata...

Pemikir: agaknya dia saja nak cari glamer.. dapat juga publisiti murahan

Aisanda: bg saya tak kisahla dia tu siapa tp yg pentingnya mereka kalau benar2 nak berkhidmat kpd rakyat jgnlah cari jalan mudah..jgn tipu rakyat, jgn kelentong rakyat dgn kebijaksanaan mereka berdebat, kerja sia2

Arkib Blog