Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 08, 2011

Wanita Pertama Malaysia lawat 3 negara Asia mulai hari ini ?!

YABhg Datin Seri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri Malaysia dan selaku Wanita Pertama Negara akan memulakan lawatan ke tiga buah negara Asia iaitu ke...,
...Arab Saudi...,
 ...Oman...,
 ...Bangladesh...,
Tak apa-apa ke ? Ini PRU-13 dah makin dekat, janganlah lakukan lawatan yang boleh menimbulkan bermacam-macam andaian. Pakatan Pembangkang tau-tau sajalah, mereka sentiasa mencari kesilapan dari sebelah pihak kerajaan untuk dijadikan sebagai modal untuk kempen politik mereka kelak.

Seingat sayalah, sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan di era pemerintahan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, belum pernah lagi Wanita Pertama mereka melakukan lawatan secara bersendirian melainkan mereka akan turut ke luar negara sebagai pengiring kepada suami masing-masing.

Harap kerajaan mengambil perhatian mengenai amalan seperti ini agar tidak berterusan. Lawatan ke luar negara yang dilakukan oleh seseorang yang bukan salah seorang dari anggota pentadbiran Malaysia atas kapasiti serta dengan tujuan apa sekalipun hendaklah dijelaskan dengan sebaik mungkin kepada rakyat seluruhnya supaya ianya tidak akan menimbulkan sebarang persoalan di kemudian hari.

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

saya rasa kita kena penjelasan lanjut atas kapasiti apa diadakan lawatan tersebut.

apatah lagi ia disiarkan secara umum...

jika benar maka perkara ini perlu dipandang serius agar tidak lagi diulang.

hilbert berkata...

benar Panglima, kita harap kerajaan BN lebih berjaga-jaga didalam situasi yang kurang baik sebenarnya untuk pihak pemerintah seperti diwaktu ini, mana taknya..harga barang hari2 naik..kita semakin lemas dibuatnya..dan kita tidak mahu ianya akan diambil kesempatan pulak oleh pihak pembangkang...

Arkib Blog