Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 18, 2011

Peraturan laporan Polis "boleh" selepas 24 jam kejadian wajar dikaji semula.

Terlebih dulu saya ingin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Allahyarham Taufik Abdul Rahim yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh kumpulan sindiket mencuri motosikal di Sadong Jaya Kota Samarahan Sabtu lalu dan diharap semua ahli keluarga allahyarham tabah dan bersabar dalam menghadapi keadaan yang sedemikian.

Adik Taufik Abdul Rahim 15, merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah SMK Kota Samarahan telah didapati hilang oleh bapanya Abdul Rahim pada hari Sabtu apabila tidak balik ke rumah pada waktu yang sepatutnya sebagaimana kebiasaan sebelumnya.

Oleh kerana bimbang sesuatu terjadi  ke atas anaknya maka Abdul Rahim telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya namun beliau tidak dapat berbuat demikian mungkin telah dinasihat oleh pihak polis bahawa laporan mengenai kehilangan orang hanya akan dapat dibuat selepas 24 jam kejadian berlaku menyebabkan beliau hanya membuat laporan polis pada jam 1 petang hari berikutnya.

Saya melihat sekiranya peraturan atau pendekatan yang sedang diamalkan oleh pihak polis pada masa ini berhubung dengan kes-kes yang memerlukan perhatian segera tetapi malangnya apabila semuanya tetap tertakluk dibawah peraturan sama iaitu 'selepas 24 jam' barulah laporan polis yang dibuat oleh para pengadu mengenai sesuatu kes seperti kehilangan orang hanya akan dapat diterima dan polis baru boleh memulakan siasatan jadi alangkah baiknya kalau peraturan yang sedemikian dapat diubahsuai atau dikaji semula bagi memudahkan setiap urusan oleh semua pihak.

Dalam kes seperti ini telah menjadi satu tandatanya kepada saya iaitu sekiranya benar-benar kejadian kehilangan berlaku yang disebabkan oleh perlakuan jenayah seperti kejadian yang menimpa adik Taufik Abdul Rahim tetapi pihak polis masih enggan untuk menerima laporan kerana kejadian belum sampai tempoh waktu yang ditetapkan adalah tidak mengapa kerana kejadian masih belum melewati masa '24 jam' tetapi apakah tiada cara lain yang pihak berkuasa dapat berikan kepada pihak pengadu atau keluarga mangsa dalam mencari jawapan kepada teka-teki tentang kehilangan ahli keluarga mereka sementara tempoh '24 jam' laporan polis boleh dibuat seperti menubuhkan satu 'penyiasat' yang dianggotai oleh polis dan disertai oleh anggota RELA ?

Pada saya, membiarkan apa yang berlaku sehingga melepasi waktu '24 jam' barulah boleh bertindak adalah satu perkara yang kurang sesuai lagi pada masa ini. Dalam apapun jua keadaan adalah lebih baik sekiranya tindakan segera dapat dibuat dan laporan patut diterima dan direkodkan sementara menunggu tempoh '24 jam' supaya pihak yang telah menjadi mangsa akan segera terbela nasib mereka.

3 ulasan:

KAPAS berkata...

Pihak polis tidak sepatutnya memberitahu selepas 24 jam, itu adalah salah dan tidak bertanggungjawab atau malas untuk menjalankan tugas. Tindakan tegas perlu diambil ke atas anggota atau pegawai polis yang mengatatakan selepas 24 jam baru laporan polis boleh dibuat.

Tenang Lautan Biru berkata...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.

Klik Di Sini berkata...

Salam tuan..

Saya blog baru yang masih merangkak2.. Mohon link ke blog tuan untuk menumpang kepopularan blog tuan..

Sekiranya tuan dah link.. maklumkan kepada saya melalui komen.

segala kerjasama didahului ribuan terima kasih...

selamat berjuang,daripada mimview.blogspot.com..

Arkib Blog