Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 19, 2011

DAP sanggup mendekati PAS kerana PAS sanggup menjauhi Islam !

(gambar di atas diambil dengan izin dari empunya blog Dimensi, brader Jeffry Damien) [...ambil dulu baru kemudian minta kebenaran...]

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah beberapa kali menyatakan bahawa mereka iaitu PAS sudah berjaya mendekatkan para pemimpin dalam DAP termasuklah para penyokong DAP dekat kepada Islam dan juga telah berjaya membuat orang-orang DAP faham tentang Islam sehingga membuatkan mereka sudah mulai menerima perjuangan Islam seperti yang dibawa oleh PAS.

Itu semua bagi saya hanyalah satu pengakuan yang terpaksa diluahkan oleh seorang yang telah menyedari bahawa perjuangan atau matlamat asal parti PAS sudah lama mati kerana kegagalan pihak mereka untuk meyakinkan pihak DAP terutamanya berkenaan dengan perlaksanaan hukum Hudud sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menubuh kerajaan persekutuan di negara ini.

DAP yang senantiasa menekan PAS dengan menggunakan isu hudud telah dilihat menjadi semakin begitu akrab sekali dengan parti berkenaan baik dalam apa jua urusan yang mereka buat biarpun yang melibatkan soal agama Islam pasti kita akan dapat melihat bagaimana PAS sanggup untuk menerima kerjasama daripada DAP dada yang lapang sedangkan mereka tidak tahu apakah niat sebenar DAP disebalik semua itu.

Para pemimpin PAS yang telah terpegun atau terpesona dengan sandiwara DAP itu ternyata begitu bangga serta menganggap itu adalah satu kejayaan PAS untuk mendekatkan orang bukan Islam terutamanya DAP kepada Islam tetapi malangnya sehingga kini PAS belum lagi dapat membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia berapa banyak sudah orang-orang dalam DAP yang telah berjaya diIslamkan oleh mereka.

Yang berlaku sebenarnya ialah DAP semakin dekat dengan PAS dan bukannya DAP makin dekat kepada Islam sebagaimana yang didakwa oleh para pemimpin PAS. Mungkin kerana Datuk Nik Aziz Nik Mat keliru kerana sering beranggapan bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS maka akan wujudlah tanggapan sedemikian padahal PAS tidak tahu sebab kenapa DAP menjadi begitu rapat dengan mereka hanyalah untuk memastikan PAS benar-benar tidak meneruskan agenda Islamnya disamping untuk terus mempengaruhi PAS agar sentiasa tunduk kepada segala kemahuan DAP selagi mereka duduk sebumbung dalam Pakatan Pembangkang.

Apa yang dapat kita lihat dengan jelas kini sebab kenapa DAP boleh menjadi begitu akrab dengan PAS sejak mereka berada dibawah satu bumbung dalam Pakatak ialah kerana DAP sudah melihat yang PAS jelas semakin jauh meninggalkan perjuangan asal parti sejak Parti Islam SeMalaysia itu ditubuhkan dan ini terbukti dengan beberapa tindakan yang telah dibuat oleh PAS berhubung dengan mana-mana perkara melibatkan kepentingan agama selama ini dimana cara mereka menangani sesuatu isu yang berbangkit berkaitan agama Islam dibuat tidak berlandaskan kepada kehendak agama tetapi lebih kepada kehendak ataupun tuntutan politik.

8 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Pas tidak dapat mengesan sama sekali bahawa DAP hanya menggunakan parti itu sebagai alat untuk menghancurkan kuasa politik umat kaum Melayu-Pribumi.

Pas kelihatan amat terdesak untuk menyambung nyawa politiknya dengan melacurkan agamanya sendiri.

Tanpa DAP, Pas akan jadi parti melukut tepi gantang.

Tetapi tanpa Pas, DAP tetap mendapat sokongan kaum China kerana kaum itu bercita2 tinggi menjadikan Malaysia seperti Singapore..negara dominasi kaum China.

Laksamana Bentan berkata...

Memang benar! Pas sanggup lakukan apa sahaja asalkan kaum China memberi undi kepada mereka untuk mengalahkan UMNO.

PAS juga akan melakukan apa sahaja sehingga menjual agama dan maruah bangsanya untuk membantu kemenangan DAP mengalahkan calon BN yang lain.

Pas menyangka mereka akan dapat menubuhkan negara Islam dan laksanakan hudud dengan bantuan DAP.

Mereka tidak sedar DAP hanya berpura-pura. DAP hanya memuji Pas untuk menaikkan semangat Pas menentang UMNO. Tujuan DAP jelas, untuk melenyapkan kekuatan UMNO yang menjadi tulang belakang Melayu-Pribumi dan agama Islam di negara ini.

Dap amat yakin Pas tidak mungkin mampu menggantikan UMNO, parti yang sederhana dan pragmatik serta tidak bersikap perkauman apabila bersama rakan komponen Bn.

Kesepakatan dan perpaduan kaum yg diwujudkan oleh UMNO-BN adalah batu penghalang terbesar DAP untuk menguasai politik Malaysia.

Maka Pas digunakan sebaik2nya untuk memecahbelahkan umat Islam dan PKR digunakan untuk memecahbelahkan antara kaum.

DAP adalah mastermind dalam grand design yang berbahaya ini. Pas hanya alat sementara sahaja.

Bahtera Merdeka berkata...

Ahli2 dan pengikut Pas berjuang samalah dengan perjuangan membinasakan umat Islam dan bangsanya sendiri.

Mereka sepatutnya membantu UMNO menentang kemaraan parti cauvinist China DAP yang berhasrat menghancurkan kekuatan umat Islam dan Melayu-Pribumi di Malaysia.

Pas sepatutnya menentang hasrat DAP untuk membubarkan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin agama Islam dan kaum pribumi.

Pas sepatutnya menentang DAP yang jelas ingin menegakkan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang meletakkan semua agama adalah sama seperti yang diperjuangkan oleh Muar Berahim.

Kasihan pada ahli2 dan penyokomg Pas yang tidak faham hasrat sebenar DAP. Mereka menyokong dan membuang masa serta membahayakan anak cucu mereka sendiri di tanahair ini.

JKKKK Kota Sarang Semut berkata...

Salam Tuan, saya dah link dan follow blog Tuan..TQ

hilbert berkata...

Penditakainsingkat : terima kasih bro..memang terdesakpun PAS tu..masakan mereka sanggup utk menggadai maruah agama jika bukan kerana mengejar kuasa dalam politik tetapi yg menjadi adalah penyokong mereka sendiri.

Laksamana Bentan : betul bro, kalau PAS tak berbuat demikian..bersekongkol dengan DAP walaupun terpaksa mencemar perjuangan asal parti mereka memang dah fikir dah mereka takkan ke mana jadi mahu tidak mahu pertaruhkanlah apa yang ada asalkan matlamat tercapai...itu prinsip mereka sekarang.

Bahtera Merdeka : sama bro..saya juga sangat setuju dgn anda..untuk memperjuangkan nasib bangsa peribumi serta mempertahan kesucian Islam, PAS sepatutnya berjuang bersama dgn UMNO bukannya dgn DAP..atau sekurang-kurangnya kalau bukan nak berkerjasama cukup sekadar menyokong usaha UMNO..

JKKKK Kota Sarang Semut : Salam bro..ok, terima kasih !

Jeffry berkata...

HEHEHEHEH >:D

Jeffry berkata...

HEHEHEHEH >:D

hilbert berkata...

yo! Bro Jeff, salam 1malaysia..

Arkib Blog