Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 11, 2010

Nazri kencing berdiri Namewee kencing berlari - Rabu depan kabinet ada mesyuarat !

Kalau alasan sebab kenapa Namewee tidak dapat diambil tindakan walaupun apa yang pernah dilakukan oleh beliau sangat bertentangan dengan nilai-nilai murni yang perlu dan wajib ada pada setiap rakyat kelahiran Malaysia adalah semata-mata kerana tiada sebarang laporan telah dibuat oleh pihak yang menjadi sasaran penghinaan Namewee misalnya seorang Pengetua Sekolah di Johor.

Jadi sekiranya begitu kenapa pula dahulu ada tuduhan yang melibatkan dua orang blogger iaitu pengendali blog Dimensi, sdra Jeffry Damien dan seorang lagi Aduka Taruna yang kita semua sudah maklum apa punca mereka ditahan adakah laporan polis telah dibuat oleh empunya badan seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang mana gambar keduanya digunakan oleh saudara Jeffry untuk artikel dalam blog beliau setelah diolah mengikut kesesuaian maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca namun semua itu telah membuat sebahagian besar daripada penyokong PKR dan PAS menjadi histeria dan memberontak sehingga memaksa mereka membuat laporan polis terhadap saudara Jeffry Damien.

Yang menjadi tandatanya saya ialah, dalam insiden berkenaan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat tidak ada membuat laporan polis padahal sepatutnya merekalah yang harus berbuat demikian tetapi sebaliknya laporan polis telah dibuat oleh orang lain iaitu oleh para pemimpin bawahan PKR serta PAS dan kelihatannya polis bersedia pulak bertindak ke atas saudara Jeffry tetapi kenapa dalam isu Namewee ini kalau mengikut penjelasan Nazri Aziz bahawa tindakan tidak dapat dilakukan ke atas Namewee kerana orang yang menjadi sasaran penghinaannya iaitu Cikgu Aishah tidak ada membuat laporan polis, jadi mana satu yang betul ? Adakah Nazri Aziz berbohong dan sengaja cuba untuk memperbodohkan rakyat ?

Malang sungguh Barisan Nasional punya Menteri yang seumpama ini !!! PRU-13 dah semakin hampir, adakah ini sebahagian dari tranformasi yang dijanjikan oleh BN???

3 ulasan:

Wake UP! berkata...

Live in a zoo Namewee.

Jangan letak si mangkuk hayun Nazri babi ni jadi Menteri lain kali.

Ini contoh apa akan jadi kalau letak itu beruk itam jadi Menteri.

hilbert berkata...

Wake-up, apa dah nak jadi dengan menteri kita...hmmm

Double Y berkata...

Salam bro.. takpe esok dikhabarkan Nazri akan beri perjelasan berhubung kenyataan beliau kepada beberapa orang blogger di lobi parlimen.

Arkib Blog