Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 28, 2010

Suzuki AFF 2010: 'Garuda patah sayap': rakyat Indonesia tak perlu marah...

Terdapat media massa atau media cetak di Malaysia telah memilih tajuk 'Garuda patah sayap' bagi merujuk kepada kekalahan 0-3 pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia di tangan skuad Harimau muda negara 26 Disember Ahad lepas yang mana telah menimbulkan protes berbagai daripada peminat fanatik sukan bolasepak di negara berkenaan.

Menurut mereka, Garuda yang telah menjadi symbol kedaulatan negara Republik Indonesia hendaklah dihormati dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan lain. Bantahan tersebut memang dituju khas kepada media atau akhbar-akhbar di negara ini yang telah mempamerkan bermacam-macam tajuk untuk artikel masing-masing dalam mengulas tentang kemenangan besar skuad Malaysia membenam Indonesia 3 gol tanpa balas.

Tapi peminat Indonesia juga perlu ingat dan sedar, walaupun rakyat Malaysia begitu ghairah dan bangga dengan kemenangan yang dicapai oleh pasukan muda negara pada perlawanan itu tetapi peminat khususnya rakyat Malaysia masih tahu batasan yang perlu dihormati dan saya rasa kalau hanya sekadar mengemukakan tajuk 'Garuda patah sayap' bukanlah satu kesalahan yang sangat serius jika dibandingkan dengan perbuatan segelintir rakyat negara berkenaan yang sebelum ini tanpa ingat mereka siapa yang telah membakar Jalur Gemilang, melempar najis manusia di depan pintu pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta, mahu menyerang Malaysia dengan buluh runcing, menconteng potret wajah pemimpin Malaysia dengan lakaran-lakaran yang sungguh menghina dan sebagainya.

Saya bukannya hendak mengungkit tetapi mereka juga haruslah sedar, walaupun kita rakyat Malaysia sangat marah dengan perbuatan yang paling tidak bertamadun seperti itu namun kita semua masih mampu untuk mengawal diri dan tidak terikut-ikut dengan cara dan rentak keangkuhan mereka. Kita rakyat Malaysia sentiasa menghormati mereka sebagai jiran yang terdekat yang antara mereka dengan kita memang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain.

Apa-apapun adalah diharap semoga peminat fanatik bolasepak di Indonesia boleh belajar menerima hakikat sekiranya pasukan negara mereka kalah sepertimana juga peminat di Malaysia yang sentiasa bersikap terbuka menerima apa jua keputusan daripada perlawanan yang telah diadakan samada kalah atau menang ianya memang adat permainan. Mana pernah dalam mana-mana perlawanan kedua-dua pasukan akan sama-sama menang atau akan sama-sama kalah, mesti ada satu yang akan kalah dan satu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

4 ulasan:

Bro Becx berkata...

Indon ni tak de adab..

hangkedee berkata...

Tambah lagi tak kenag budi taksedar diri

Megat Alam Gempita berkata...

26 Disember 2003 Tsunami 170,000 orang Indon mati
26 Disember 2010 Tsunami bola sepak, Indon kalah 3-0, 230 juta Indon sasau

Tenang-tenang aja Pak, usah ribet-ribet!

hilbert berkata...

Harap rakyat Indonesia akan terima kehadiran pasukan kita disana seadanya seperti kita melayan pasukan mereka bila bertandang ke Malaysia...

Arkib Blog