PKR serta rakan yang lain dalam Pakatan Haram boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia termasuk para pencacai mereka tahu bahawa memang semua pemimpinnya gila kuasa terhadap semua perkara dan tidak pernah jemu-jemu menyimpan angan-angan untuk menubuh sebuah kerajaan serta menguasai pentadbiran negara di Putrajaya.
Itu adalah antara penyakit gila kuasa yang memang payah untuk dirawat dan setiap saat setiap minit memang akan ada wakil-wakil pembangkang ini yang dijangkiti penyakit ini dan setiap itu juga ianya akan turut berjangkit kepada para pengikut mereka di seluruh negara. Namun tidak terkecuali juga perkara yang sama turut berlaku di Sabah dan juga di Sarawak. Keinginan mereka untuk berkuasa di kedua-dua buah negeri berkenaan seperti tidak boleh disembunyikan lagi apabila hampir 24 jam dalam sehari masa dalam hidup mereka cuma habis digunakan untuk tujuan itu saja.
Mau berjalan, kuasa.., mau berlari, kuasa.., mau melompat, kuasa.., mau makan, kuasa.., mau tidur, kuasa.., mau berak, kuasa.., mau mandi, kuasa.., mau meliwat, kuasa.., mau minum, kuasa.., mau kencing, kuasa.., apa lagi bila mau berkuasa, memang mereka betul-betul sudah gila kuasa ! ...usah mau disebut lagilah, orang kampung semua dah tahu...
Ini juga yang dialami oleh bakal ke apa dia ini, Baruk Bian, ada yang kata dia ni Pengerusi PKR Sarawak dan ada pula yang kata dia akan menjadi atau bakal Pengerusi PKR Sarawak. Baruk Bian ini bercita-cita besar, mahu jadi Ketua Menteri Sarawak apabila nanti seandainyalah Pakatan Haram berkuasa di negeri ini. Baruk Bian semakin kuat angan-angan dia apabila saban hari ada saja kata-kata peransang diterima beliau daripada rakan-rakan dalam Pakatan Haram terutamanya DAP.
Pihak DAP Sarawak pula telah menyediakan satu gelaran khusus untuk Baruk Bian sebagai salah satu persiapan mereka untuk upacara pertabalan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak iaitu 'Chief Minister of the making,' apa maksud di sebalik gelaran itu saya memang tak pasti tapi sekiranya ada sesiapa yang mahu tahu bolehlah tanya dengan segala unggas-unggas di rimba sebab mungkin kelompok yang berkenaan akan tahu mengenainya kerana hanya kelompok itu yang menggunapakai 'undang-undang rimba, siapa kuat dia akan menang dan siapa lemah dia akan kalah,'...
Oleh kerana terlalu leka dengan angan-angannya untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak, Baruk Bian yang sering keluar dalam ruang-ruang akhbar tempatan di Sarawak ini dan siap pula dengan kenyataan medianya sekali, ternyata begitu yakin sekali bahawa jawatan Ketua Menteri Sarawak yang diiadam-idamkan sudah semakin hampir berada didalam genggamannya walaupun pilihanraya negeri belum diadakan lagi apabila kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau dalam akhbar sejak kebelakangan ini seperti menggambarkan yang dia lebih arif tentang baik buruk setiap perkara mengenai penduduk serta negeri Sarawak ini.
Tetapi sebenarnya apabila kita amati dengan lebih mendalam tentang apa yang dinyatakan oleh Baruk Bian berkenaan dengan situasi di Sarawak sejak dulu hingga sekarang dalam mana-mana kenyataan akhbar yang pernah beliau buat sebelum ini, telah menyerlah yang diri beliau hanyalah bagaikan sebuah tong yang kosong, bunyinya kuat bila dipalu dan akan berbunyi semakin kuat apabila dipalu bertalu-talu sebab tiada apa-apa isi di dalamnya.
Ada satu kenyataan yang dibuat oleh Baruk Bian mengenai isu kemiskinan di Sarawak misalnya, iaitu satu isu yang bukan hanya dihadapi oleh Sarawak malah hampir menghambat setiap negeri dalam Malaysia yang mana bila saya melihat kepada pendapat beliau mengenai isu ini ianya lebih banyak menonjol akan kelemahan beliau sebagai seorang yang diwar-war bakal dipilih sebagai pemimpin kepada rakyat Sarawak dan banyak lagi kenyataan lain yang beliau keluarkan juga lebih memperlihatkan kepada rakyat Sarawak betapa ceteknya pengetahuan beliau dalam banyak perkara tentang negeri Sarawak dan rakyatnya walaupun dia sendiri adalah anak kelahiran negeri Sarawak.
Menurut Baruk Bian, Sarawak menduduki tempat ke-4 dalam senarai negeri termiskin dalam Malaysia tetapi sayapun tidak pasti maksud beliau samada ke-4 dari atas atau ke-4 dari bawah dan dalam pada itu beliau juga turut menyebut bahawa Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil sumber semulajadinya dan kesimpulan yang dapat saya beri ialah maksud jelas Baruk Bian yang gila kuasa ini ialah agar rakyat Sarawak akan melihat apabila dia dilantik menjadi Ketua Menteri kelak maka dia akan jauh lebih berupaya menjadikan Sarawak maju dan kaya setaraf dengan Singapura, Hong Kong, Jepun dan negara maju yang lainnya sebab dia lebih bijak dan pandai mentadbir dan mengurus ekonomi negeri Sarawak ini dengan sumber semulajadi yang sedia ada jika dibandingkan dengan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj Abd Taib Mahmud.
Tetapi malang sekali apabila isu asasnya gagal untuk disentuh oleh Baruk Bian dalam setiap kenyataan media yang beliau buat iaitu mengenai rakyat yang miskin. Apa punca mereka miskin. Apa yang menyumbang kepada masalah kemiskinan yang membelenggu hidup mereka. Baruk Bian juga gagal untuk mengenengahkan tentang kemiskinan rakyat Sarawak mengikut pecahan kaum masing-masing dan jika beliau mampu untuk berbuat demikian maka saya yakin sekurang-kurangnya beliau akan lebih tahu punca dan sebab kenapa masih terdapat sesetengah rakyat dari kaum yang tertentu di negeri Sarawak ini yang terlalu sukar untuk berubah dari amalan gaya hidup yang kurang baik kepada cara hidup yang lebih baik.
Saya juga percaya jika Baruk Bian benar-benar ikhlas dengan hasratnya untuk membantu meningkat atau menaiktaraf kedudukan ekonomi rakyat negeri Sarawak maka saya berpendapat adalah elok untuk Baruk Bian melihat kepada punca-punca sebenar kepada masalah kemiskinan rakyat ini dan bukannya hanya tahu untuk menyalahkan pihak kerajaan dalam masalah seperti itu. Sebagai pembangkang kepada pihak kerajaan, Baruk Bian sepatutnya lebih tahu siapa yang harus dipersalahkan apabila pihak kerajaan berhasrat untuk membawa berbagai-bagai bentuk pembangunan atau projek ke kawasan penempatan yang dihuni oleh suku-suku kaum yang tertentu tetapi seringkali menerima bantahan dan tentangan daripada penduduk setempat akibat dari hasutan yang dibuat oleh wakil-wakil Pakatan Pembangkang yang tidak jemu-jemu meracuni fikiran rakyat dengan fitnah-fitnah jahat mereka.
Dan apabila pihak kerajaan menghenti atau membatalkan segala projek seumpamanya akibat dari tentangan yang dilakukan oleh rakyat disesetengah kawasan yang bermasalah seperti itu, maka sudah tentu rancangan pembangunan yang dirancang untuk rakyat akan terganggu ataupun mungkin akan ditarik kembali dari peruntukkan yang telah disediakan dan sudah pasti yang akan menanggung akibatnya adalah rakyat itu sendiri, lalu apabila berlaku keadaan seperti ini maka pihak pembangkang yang bersorak gembira akan menggunakan isu ini untuk menyerang semula pihak kerajaan dengan cerita putar belit mereka kononnya kerajaan mengabaikan kaum yang tertentu di Sarawak ini dan sebagai lagi.
Dan kepada Baruk Bian, sekali lagi saya berharap jika beliau bercakap tentang kemiskinan rakyat di Sarawak adalah lebih baik untuk beliau menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk mengenalpasti mana satu kawasan, mana satu kaum, mana satu daerah yang patut untuk diberi keutamaan dalam mengatasi isu kemiskinan ini dan kenali mereka dengan lebih dekat atau secara bersemuka sebagaimana yang biasa dilakukan oleh wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional dan bukannya hanya duduk di pejabat dalam bandar yang telah maju sambil membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat dalam media.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Disember 17, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
salam,harap saudara boleh linkkan blog saya,saya sudah linkkan blog saudara pada blog saya. tq
Tahniah Pehin Taib..... semoga sihat walafiat dan bahagia selalu disamping...
Amat indah lagu "Dimanakan Ku Cari Ganti" nyanyian seniman agung P. Ramlee, yang Pehin amat minati.... Tumpang gembira dan sekali lagi TAHNIAH!
Catat Ulasan