Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 18, 2010

APCO : Satu dunia telah ditipu oleh Anwar Ibrahim !!!

Selama ini iaitu sejak isu APCO berbangkit Malaysia yang dikaitkan secara langsung mempunyai hubungan sulit dengan negara Rejim Yahudi Israel gara-gara nama yang sama juga terdapat pada agensi kerajaan negara pengganas tersebut telah menyebabkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional menjadi sasaran fitnah daripada Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Mereka yakni Pakatan Haram ini bukan saja hampir berjaya menipu dan mengelirukan rakyat atau masyarakat dan para pemimpin negara ini semata-mata dalam isu APCO ini malah telah mulai cuba mempengaruhi masyarakat negara luar agar turut bersama mereka untuk percaya dengan fitnah mereka yang Malaysia mempunyai hubungan tertentu dengan Israel.

Baru sekarang kita dapat tahu apa itu APCO yang sebenarnya , juga YB Zulkifli Noordin yang terlebih dulu mendedahkannya serta GAP yang sama menyentuh isu yang sama dengan terang menyatakan bahawa APCO adalah Walkie Talkie dan ramai lagi penulis blog mulai menyebar maklumat tentang isu yang menjadi bahan fitnah Pakatan Haram terhadap pihak kerajaan Malaysia turut memuatkan perkara yang sama di laman blog masing-masing.

Ternyata kini fitnah oleh Pakatan Pembangkang tidak boleh untuk dibiarkan untuk terus meluas sehingga meresapi ke dalam pemikiran golongan-golongan yang mudah diperdaya yang akhirnya hanya akan merugikan kita semua.

Terima kasih kepada YB Zulkifli Noordin serta yang lainnya atas pembongkaran isu APCO ini !

Tiada ulasan:

Arkib Blog