"Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara kerajaan di dunia ini sekalipun yang boleh melakukan perubahan terhadap rakyat dan negaranya hanya dalam tempoh seratus hari saja, mana ada ! ..kalau tuan-tuan semua ada buktinya, tunjukkanlah kepada saya ! ..kalau sekadar hanya berjanji memang mudah," itulah luahan hati Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika ditanya oleh beberapa orang wartawan Utusan Apco mengenai Program 100 hari yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang semasa Konvensyen Pembangkang di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan itu mengambil pemerintahan selama 20 tahun kerajaan PAS di Negeri Serambi Mekah sebagai contoh terbaik. Tambah Datuk Nik Aziz lagi, "tuan-tuan semua boleh lihatlah apa yang dah berlaku di Kelantan, selama20 tahun PAS memerintah negeri itu...jangankan hospital, Masjid sebijik pun kerajaan PAS tak mampu hendak buat. Rakyat Kelantan semakin terabai, nasib mereka tidak terbela malah sudah semakin ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari kerja hanya kerna kerajaan PAS menunaikan janji-janji masa pilihanraya dulu", akui Datuk Nik Aziz dengan rasa penuh keinsafan.
"Itulah saya berani katakan bahawa janji Pakatan Pembangkang kepada rakyat untuk mengubah nasib mereka dan negara dalam masa 100 hari hanya satu penipuan semata-mata. Sebagai seorang pemimpin serta ulamak saya seboleh-bolehnya mahu bersikap jujur dalam semua perkara terhadap rakyat dan negara, kalau kita asyik cuba untuk menipu maka lama-kelamaan keyakinan rakyat terhadap kita pasti akan lenyap dan kalau kita rasa tak berdaya untuk tunaikan janji kita maka janganlah buat janji," katanya yang kelihatan semakin tidak tertahan untuk mendedahkan isihati amarahnya terhadap DAP terutamanya YB Karpal Singh yang sering mempermainkan isu Hudud selama ini.
Datuk Nik Aziz yang seolah-olah mahu menyatakan sesuatu namun terpaksa memendamkan saja dan sebaliknya terus berhujah mengenai Program 100 Pakatan Pembangkang yang telah disifatnya sebagai perkara yang paling mengarut dan tidak masuk akal. "Betul tuan-tuan, tidak usah tuan-tuan melihat kepada negeri lain untuk merujuk kepada kerajaan yang gagal menunaikan janji, tuan-tuan semua tengok saja kerajaan Kelantan, bukan 100 hari lagi tuan-tuan.. cuba kira 20 tahun berapa bulan berapa minggu berapa hari?," seakan-akan mencabar wartawan supaya jangan percaya kepada Program 100 hari pembangkang, Menteri Besar Kelantan itu kelihatan kerap mengurut dada beliau.
"Tuan-tuan semua juga harus ingat, masa zaman nabi dulu pun mereka tak pernah meletakkan sasaran berapa hari untuk kerja-kerja tertentu tetap boleh disiap atau diselesaikan. Sebagai orang Isle saya tak mau lah untuk terus memperdayakan rakyat, rakyat sekarang bukannya bodoh dan tidak senang untuk dibohongi malah ada yang lebih bijak lagi dari pemerintah itu sendiri dalam kerajaan, jadi kita kenalah berubah kepada yang lebih baik dan bukannya berubah kepada yang semakin buruk," menurut beliau yang kelihatannya semakin sedar bahawa cara pendekatan yang telah diambil oleh Pakatan Pembangkang dalam memenangi hati rakyat selama ini adalah langkah yang silap dan salah serta bertentangan dengan tuntutan agama.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Disember 30, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan