Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 29, 2010

Piala Suzuki 2010: Harimau Malaya, jangan layan karenah peminat skuad Indonesia !

Memang tepat juga bila kita sebelum ini telah meramalkan bahawa kehadiran skuad bolasepak Malaysia di Jakarta akan di sambut dengan demonstrasi oleh para peminat bolasepak Indonesia di sana yang ternyata tidak mampu untuk menerima hakikat akan kemenangan pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Disember lalu.

Demonstrasi di depan hotel penginapan barisan skuad bolasepak negara beserta para pegawai sukan Malaysia di Jakarta walaupun disertai hanya beberapa penunjuk perasaan namun itu sudah cukup jelas untuk menunjukkan kepada kita betapa rakyat di sana belum matang lagi dalam menerima sesuatu keputusan yang melibatkan pihak mereka.

Kalau mereka kalah maka akan timbul bermacam-macam dakwaan tetapi apabila menang mereka dengan keangkuhan serta kesombongan akan sentiasa memperkecil-kecilkan kebolehan pihak lawan. Budaya seperti itu seakan-akan sudah menjadi lumrah dalam diri mayarakat disana.

Walau apa-apapun ada harapan tinggi kepada pasukan kebangsaan kita, biar berdepan dengan segala cemuhan dari peminat fanatik pasukan lawan, buat tak endah saja...anggap saja semua tu seperti sampah-sampah tepi jalan yang harus disapu dan dibuang.

Jangan layan apapun jua penghinaan yang mungkin akan mereka lemparkan, tepis dengan semangat perjuangan sejati demi untuk mengangkat martabat dan maruah bolasepak negara kita Malaysia.

Salam perjuangan kepada Wira Negara....skuad Harimau Malaya 1Malaysia.

Malaysia Boleh !!!

Tiada ulasan:

Arkib Blog