Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 02, 2010

Nik Aziz tiada masalah sekiranya Lim Kit Siang jadi Presiden PAS !

Agak terkejut dengan tajuk artikel ini kan. Tapi tak apa, bagi yang lemah semangat tu atau juga sekiranya mereka yang ada mengidap simptom lemah jantung tak payahlah risau sangat sebab apa yang cuba saya paparkan disini hanyalah merupakan sebahagian daripada tips-tips penjagaan kesihatan terutamanya bagi mereka yang seusia dengan Anugerah Nik Aziz Nik Mat atau Anugerah Lim Kit Siang dan lain-lain Anugerah lagi.

Anugerah Nik Aziz dalam kenyataan terbaru beliau pula tampil dengan pengakuan hebat bahawa dia tidak akan kisah sekiranya Lim Kit Siang sudi menjadi pemimpin PAS bila-bila masa saja tanpa terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebab yang penting bagi Anugerah Nik Aziz ialah dendam dia terhadap UMNO selama ini dapat dilunaskan sebeberapa segera yang boleh tanpa perlu mengangkat senjata sepertimana yang sedang dilakukan oleh Pemimpin Komunis Korea Utara Kim Jong-Il sekarang terhadap Korea Selatan.

Bagi Anugerah Nik Aziz lain-lain perkara harus diletak ke tepi sebab yang penting sekarang adalah untuk memenuhi tuntutan perjuangan songsang DAP/PKR/PAS yang kini giat mengambil kesempatan dengan melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional disamping untuk mengangkat Anugerah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi cara yang paling tidak bermaruah dan bila ianya sudah tercapai maka matlamat mereka untuk melumpuhkan sama sekali kuasa politik Melayu dan Bumiputera di negara ini akan mudah untuk dilakukan tanpa sebarang halangan.

2 ulasan:

matjeng berkata...

BN memerintah ramai jugak yang menjadi tukang kasut! Kalau PR memrintah dengan LKS menjaddi TPM maka akan bertambah ramailah Melayu yang menjadi Tukang kasut... tengok macam nik aziz tu...sekarang ni melayu memang dah ramai yang boleh membeli kasut yang dah berkilat!

hilbert berkata...

Matjeng, itulah yang kita semua Bumiputera mahu elakkan..jangan nanti nasib kaum bangsa kita akan ditentukan oleh bukan bumiputera sehingga kita hilang segala-galanya.
Malaysia harus terus diperintah oleh Melayu sebagai tulang belakang kerajaan barulah bumiputera lainnya akan dapat keadilan yang sewajarnya.

Arkib Blog